3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

BERAPA KALI ULTRASOUND SCAN DIPERLU SEPANJANG KEHAMILAN ANDA?

 

Apakah ultrasound scan?

  • Ultrasound juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi ataupun sonography yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan bayi dan dipantul balik. Pantulan yang kemudiannya diproses oleh machine dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi. Oleh itu, ultrasound scan sering digunakan semasa rutin penjagaan antenatal check up untuk ibu hamil.
  • Tisu keras seperti tulang akan muncul sebagai putih dalam imej dan tisu lembut akan muncul sebagai kelabu dan berbintik-bintik. Cecair seperti air ketuban tidak menggambarkan mana-mana bunyi gema, oleh itu ia akan muncul sebagai hitam. Perbezaan antara warna iaitu putih, kelabu dan hitam membolehkan doktor ataupun sonographer mentafsifkan imej tersebut.
 

Adakah ultrasound scan selamat?

  • Ultrasound scan kini dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ultrasound berbeza dengan X-ray. X-ray menggunakan pengionan yang membahayakan manakala ultrasound menggunakan gelombang bunyi.
  • Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan peronggan (cavitation) dan indeks pemanasan (thermal index). Walaubagaimanpun, banyak kajian klinikal mengenai penggunaan ultrasound untuk diagnosis yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan membahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian melaporkan bayi yang terdedah kepada ultrasound scan mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Faedah yang diperolehi dari ultrasound scan untuk mengesan perkembangan bayi dalam kandungan melebihi sebarang potensi risiko. Namun, persetujuan kebanyakan doktor dan ahli sains menyatakan ulrasound scan baik digunakan jika perlu dan tidak digalakkan scan terlalu kerap. Oleh demikan, ultrasound scan adalah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kandungan dan ibu.
 

Mengapa anda perlu melakukan ultrasound scan?

Ultrasound memainkan peranan yang penting dalam penjagaan setiap ibu hamil. Sebab-sebab utama doktor anda minta anda melakukan ultrasound scan ialah:

  • Menentukan usia sebenar bayi (GA) dan jangka tarikh lahir bayi (EDD).
  • Menentukan bilangan bayi sama ada tunggal ataupun kembar.
  • Menentukan kedudukan uri dan tahap air ketuban.
  • Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan memeriksa kecacatan kelahiran.
  • Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya.
 

Berapa kali ultrasound yang anda perlu di sepanjang kehamilan anda?

Tiada peraturan yang menetapkan kepada bilangan ultrasound scan seorang ibu hamil harus menjalankan semasa mengandung. Jadual untuk ultrasound scan semasa kehamilan mungkin berbeza dari  klinik ataupun hospital.

Ultrasound scan yang dicadangkan:  

(a) Dating scan

Tujuan scan:
 

(b) Nuchal translucency (NT scan)

Tujuan scan:
  • Mengesan hampir 90% penanda (soft marker) kecacatan bayi dengan mengukurkan ketebalan cecair di belakang leher bayi.
  • Mengesan kehadiran tulang hidung
  • Mengesahkan kehadiran denyutan jantung bayi
  • Menentukan kehamilan tunggal ataupun kembar.
  • Menentukan usia sebenar bayi (GA), menentukan jangka tarikh lahir bayi (EDD) dan mengukur panjang janin (CRL).

Anda mungkin boleh membaca artikel tentang NT scan dengan lebih teliti.

 

(c) Detail scan (anomaly scan in 2D)

Tujuan scan:
  • Menilai umur bayi (GA), perkembangan dan kedudukan bayi.
  • Mengetahui perkembangan dan struktur keabnormalan bayi. Detail scan boleh mengesan 80% fizikal keabnormalan yang serius, contohnya spina bifida, bibir sumbing, anencephaly, lubang di tengah jantung, omphalocele dan sebagainya. Akan tetapi, scan ini tidak dapat mengesan kecacatan kromosom seperti sindrom Down. Hanya ujian amniosentesis ataupun CVS yang boleh mengesan kecacatan kelahiran kromosom yang lebih tepat.
  • Menilai tahap air ketuban dan kedudukan uri.

Anda mungkin boleh membaca artikel tentang Detail scan dengan lebih teliti.

 

(d) Growth scan

Tujuan scan:
 

(e)  Presentation scan

Tujuan scan:
 

(f) 3d 4d scan

 

Bilakah anda boleh mengetahui jantina bayi?

  • Jantina bayi boleh dikesan seawal minggu ke-15. Akan tetapi, jantina susah dikesan dan amat ketara jika bayi masih kecil. Minggu yang dicadang scan untuk jantina bayi ialah minggu ke-22 ke atas.
 

 Video ini menunjukkan proses ultrasound scan sepanjang kehamilan.

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest