eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

MEMAHAMI UJIAN KEHAMILAN: UJIAN AIR KENCING & DARAH

MEMAHAMI UJIAN KEHAMILAN: UJIAN AIR KENCING & DARAH

Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu melalui ujian sampel air kencing ataupun sampel darah. Kedua-dua ujian mengesan kehadiran hormon yang dipanggil human chorionic gonadotropin (hCG). Hormon ini dihasilkan oleh plasenta/uri tidak lama selepas embrio melekat pada lapisan rahim dan berkembang pesat di dalam badan anda dalam beberapa hari kehamilan selepas persenyawaan. Perubahan hormon yang pesat dalam badan mencetuskan gejala awal kehamilan anda seperti muntah dan loya.

 

Ujian kehamilan: air kencing

Ujian air kencing boleh dilakukan dalam dua cara yang berbeza dan ini boleh dilakukan di rumah atau di klinik.

Anda haruslah membaca arahan pada plastik pada test strip UPT (urine pregnancy test).

  • Kumpulkan air kencing ke dalam bekas yang bersih (seperti cawan plastik). Cara terbaik untuk mengumpul air kencing semasa pertengahan proses membuang air kencing.
  • Bukakan plastik UPT  dan keluarkan test strip UPT apabila anda sudah bersedia untuk menggunakannya.
  • Rendamkan test strip UPT ke dalam air kencing dengan hujung anak panah menghala ke arah air kencing. Jangan rendamkan melepasi garis MAX (maximum).
  • Bacakan keputusan test strip UPT  selepas direndamkan selama 30 saat ataupun sehingga pita warna muncul. Jangan membacakan keputusan selepas 20 minit.
 

Bagaimana mentaksifkan keputusan test strip UPT?

Pita jalur warna bermuncul di bahagian atas test strip UPT menunjukkan ujian tersebut berfungsi dengan betul dimana pita warna ini adalah kawalan (CONTROL). Pita jalur warna yang satu lagi yang akan bermuncul di bahagian yang lebih bawah test strip UPT  menunjukkan keputusan ujian anda (TEST).

  • Keputusan positif - Jika dua jalur berwarna yang boleh dilihat adalah sama gelap ataupun lebih gelap daripada jalur kawalan, ovulasi anda mungkin berlaku dalam 24-48 jam akan datang.
  • Keputusan negatif - Jika hanya satu jalur berwarna yang boleh dilihat di bahagian atas ataupun kedua-dua jalur berwarna kelihatan tetapi jalur berwarna di bahagian bawah kelihatan pudar daripada jalur kawalan.
  • Keputusan tidak sah – tiada jalur kawalan kelihatan iaitu jalur berwarna yang boleh dilihat di bahagian atas menunjukkan alat UPT anda mungkin tidak berfungsi.

 

 

Bilakah anda boleh mula mengambil ujian air kencing?

  • Kebanyakan doktor mencadangkan agar anda tunggu sehingga beberapa hari tempoh kitar haid anda lewat yang merupakan salah satu tanda awal kehamilan sebelum mengambil ujian kehamilan air kencing. Ini biasanya kira-kira dua minggu selepas persenyawaan. Walau bagaimanapun, beberapa ujian kehamilan test strip yang lebih peka daripada yang lain dan boleh diambil lebih awal.
  • Jika ujian kehamilan pertama menunjukkan negatif, ini mungkin disebabkan anda mungkin melakukan ujian kehamilan air kencing terlalu awal ataupun melakukan langkah salah ujian tersebut. Anda boleh cuba melakukan ujian ini dalam 1 minggu lagi jika haid anda tidak datang lagi. Anda juga boleh menjalani ujian darah jika anda rasa anda mempunyai tanda awal kehamilan dan masih mendapat keputusan negatif dalam ujian air kencing.
 

Bagaimana ketepatan ujian air kencing?

  • Ujian air kencing atau ujian kehamilan di rumah kira-kira 97% tepat apabila dilakukan dengan betul.
     

Ujian kehamilan: Darah

Terdapat dua jenis ujian darah. Satu ujian darah kuantitatif mengukur jumlah sebenar hCG dalam darah, dan ujian darah hCG kualitatif memberikan keputusan yang mudah iaitu anda hamil atau tidak.

Kelebihan menjalani ujian darah:
  • Boleh mengesan kehamilan yang lebih awal daripada ujian air kencing pada kira-kira 7-12 hari dari persenyawaan yang mungkin berlaku (tetapi jika keputusan menunjukkan negatif, ujian hendaklah diulangi jika kitar haid anda lewat.)
  • Boleh mengukur kepekatan hormon hCG dalam darah anda (ini adalah maklumat yang berguna untuk doktor anda untuk mengesan masalah tertentu semasa dalam kehamilan.)
 
Kekurangan menjalani ujian darah:
  • Lebih mahal daripada ujian air kencing (harga bergantung kepada kos lawatan doktor dan yuran makmal)
  • Mengambil masa yang lebih lama untuk mendapatkan keputusan
  • Mesti dilakukan di klinik/hospital. 
Video ini menerangkan sebab mengapa anda rasa anda mengandung tetapi keputusan ujian kehamilan menunjukkan negatif.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest