3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

UJIAN KECACATAN BAYI-UJIAN 3 SERANGKAI (TRIPLE TEST)

 

Sudah menjalani ujian kecacatan bayi?

Adakah bayi saya sihat? Persoalan ini menjadi persoalan utama setiap ibu mengandung. Sudah tentu setiap  ibu mengandng  sentiasa mendoakan  bayi kita membesar dengan sihat tanpa kecacatan. Untuk menjawab persoalan ini, ujian kecacatan bayi perlu dilakukan ke atas kandungan anda.  Ujian tiga serangkai atau dikenali sebagai ujian (triple test) adalah sejenis ujian kecacatan bayi. Ia melibatkan pemeriksaan darah ibu hamil yang boleh memberi maklumat penting tentang risiko kecacatan bayi dan kesihatan bayi anda sebelum kelahiran.

Ujian ini tidak dapat mengenalpasti punca masalah kecacatan bayi. Ia hanya memberi maklumat pada peringkat awal dan ujian-ujian lanjutan perlu dilakukan untuk mengesan kecacatan bayi dengan lebih terperinci. Ia menguji 3 bahan  dalam darah ibu iaitu AFP, hCG, dan estriol.

  • AFP: alfa-fetoprotein adalah protein yang dihasilkan oleh janin.
  • hCG: human chorionic gonadotropin adalah hormone yang dihasilkan dalam uri.
  • Estriol: hormol estriol estrogen yang dihasilkan oleh janin dan uri.

Bilakah Ujian Kecacatan Bayi (ujian triple test ) perlu dilakukan?

Ujian tiga serangkai (triple test) ini boleh dilakukan di antara minggu ke-15 sehingga minggu ke-20 semasa tempoh kehamilan. Masa yang paling sesuai untuk menjalani ujian ini adalah pada minggu ke-16 sehingga minggu ke-18 . Keputusan yang lebih tepat untuk ujian mengesan kecacatan bayi adalah penting. Oleh itu, para ibu hamil dinasihatkan untuk menjalani ujian ini sebelum minggu ke-20.

Mengapakah Ujian Kecacatan Bayi ( ujian triple test) dilakukan?

Ujian ini dilakukan untuk mengesan beberapa jenis kecacatan bayi seperti sindrom down ataupun kromosom lain yang tidak normal. Kebiasaanya, ujian ini ditawarkan atau disyorkan kepada wanita yang mempunyai berisiko tinggi seperti:

  • Pengunaan ubat-ubatan atau dadah berbahaya semasa mengandung.
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu.
  • Mempunyai kanak-kanak dengan kecacatan kelahiran.
  • Mengandung lewat usia ibu 35 tahun ke atas
  • Pengunaan insulin disebabkan oleh kencing manis.
  • Mempunyai jangkitan virus semasa kehamilan.
  • Telah terdedah kepada tahap radiasi yang tinggi.

Keputusan tahap ketiga-tiga bahan AFP, hCG dan estriol digabungkan dengan umur, berat badan ibu, etnik dan bunting kehamilan untuk menilai kebarangkalian gangguan genetik yang berpotensi.

  • Tahap AFP tinggi- ia menunjukkan bayi mungkin mempunyai risiko kecacatan tiub neural seperti spina bifida atau anencephaly.
  • Tahap AFP rendah & tahap abnormal hCG & estriol- ia menunjukkan bahawa bayi mungkin mempunyai risiko kecacatan genetik seperti sindrom Down, Sindrom Edwards atau lain jenis keabnormalan kromosom genetik.
Ujian ini juga boleh digunakan untuk penentuan kehamilan kembar dan lain-lain.  

Apakah sebab-sebab untuk menjalani ujian lanjutan dalam Ujian Kecacatan Bayi selepas ujian tiga serangkai (triple test)?

Ujian tiga serangkai (triple test) adalah pemeriksaan rutin yang tidak mengenalpasti punca masalah kecacatan bayi.  Ia hanya memberi maklumat pada peringkat awal. Ujian-ujian lanjutan perlu dilakukan untuk mengesan kesihatan bayi dalam kandungan dengan lebih terperinci. Ujian tiga serangkai (triple test) merupakan satu prosedur yang tidak invasif dan tidak menimbulkan sebarang risiko kecederaan kepada ibu atau risiko keguguran bayi.

Jika keputusan ujian tiga serangkai ( triple test) menunjukkan abnormal, doktor anda akan mencadangkan anda melakukan ujian lanjut seperti CVS, amniosentesis dan lain-lain yang lebih tepat membolehkan anda untuk mengesahkan diagnosis.

NOTA:  Bincanglah dan meminta nasihat daripada doktor anda tentang ujian ini. Info di sini tidak mengantikan nasihat daripada doktor anda.

Video ini menunjukkan tentang ujian 3 serangkai ( triple test).

Enhanced by Zemanta

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest