3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

UJIAN CVS – MENGESAN KECACATAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Apakah  ujian CVS (chorion villus sampling), pensampelan vilus korionik ?

Ujian CVS juga dikenali sebagai pensampelan vilus korionik yang melibatkan pemeriksaan villi korionik ( tisu plasenta) yang boleh memberi maklumat penting tentang risiko penyakit genetik dan kesihatan bayi anda sebelum kelahiran. Ini disebabkan oleh uri dan bayi berasal dari sel yang sama.  Oleh itu, kromosom yang terdapat pada sel-sel plasenta serupa dengan bayi.

 

Mengapakah ujian CVS  dilakukan?

Ujian CVS dilakukan untuk mengesan beberapa jenis kecacatan kelahiran seperti sindrom down ataupun kromosom lain yang tidak normal. Ujian ini mempunyai risiko yang rendah bagi kedua-dua ibu dan bayinya. Ujian ini selalunya ditawarkan kepada wanita yang mempunyai rikiso tinggi seperti:

  • Ujian ultrasound menunjukkan bayi mungkin tidak normal.
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu.
  • Mempunyai kanak-kanak dengan kecacatan kelahiran.
  • Umur ibu berusia lewat, 35 tahun ke atas
 

Ujian ini tidak mengesan semua kecacatan kelahiran, tetapi ia boleh digunakan untuk mengesan risiko genetik yang penting tertentu seperti:

  • Sindrom Down (trisomi 21), Sindrom Patau (trisomi 13), sindrom Edward (trisomi 18)
  • Abnormal pada kromosom jantina
  • Sel penyakit sabit (Sickle cell disease)
  • Cystic fibrosis
  • Pengecutan otot (Muscular dystrophy)
  • Penyakit Tay-Sachs
  • Kecacatan tiub neural seperti spina bifida dan anencephaly

Oleh itu, ultrasound Detail scan dilakukan antara minggu ke-18 dan minggu ke-25 untuk mengesan kecacatan kelahiran yang tidak dapat dikesan oleh ujian CVS seperti lelangit rekah, sumbing, kecacatan jantung dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kecacatan kelahiran tidak akan dikesan sama ada ujian chorion pensampelan vilus ataupun ultrasound detail scan.

Selain mengetahui risiko genetik, CVS merupakan cara yang paling tepat untuk menentukan jantina bayi sebelum lahir.

Bilakah ujian CVS boleh dijalankan?

CVS boleh dilakukan lebih awal semasa kehamilan pada minggu ke-10 hingga minggu ke-12 daripada amniosentesis (selalunya dilakukan pada minggu-15 hingga minggu ke-20). Ini membolehkan anda untuk mengetahui kesihatan bayi anda dan membuat keputusan yang lebih awal sama ada untuk meneruskan atau menamatkan kehamilan. Oleh itu, keputusan CVS boleh didapati lebih awal daripada keputusan amniosentesis.

 

Bagaimana ketepatan ujian CVS ini?

Ketepatan CVS adalah kira-kira 99% Dalam kira-kira 1% daripada kes ujian CVS perlu diulangi kerana sel-sel  tidak dapat disimpulkan.  

Adakah ujian CVS mempunyai risiko?

Ya. Terdapat risiko kecil bahawa amniosentesis boleh menyebabkan keguguran ( lebih kurang 1%) dan ini adalah sama atau lebih risiko berbanding dengan amniosentesis pada minggu ke-15. Kira-kira 2/100 wanita mengalami keguguran akibat CVS berbanding dengan amniosentesis kira-kira 1/100.  Jika anda keguguran disebabkan ujian, ini akan berlaku dalam tempoh 5 hari akan datang. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa CVS yang dilakukan sebelum minggu ke-10, terdapat risiko yang rendah kecacatan di jari bayi dan / atau jari kaki. Untuk mengelakkan risiko ini, CVS tidak akan dilakukan sebelum minggu ke-11. CVS juga boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman.

 

Apakah prosedur semasa CVS?

Terdapat 2 cara untuk melakukan CVS.
(i) CVS melalui faraj ( transvaginal CVS).

 

Ini biasanya dilakukan di antara minggu ke-11 dan ke-13 kehamilan melalui serviks (pangkal rahim).

  • Doktor akan mengenalpastikan keadaan bayi dalam kandungan, kedudukan bayi, kedudukan uri menggunakan ultrasound.
  • Di bawah bimbangan ultrasound, doktor akan memasukkan forceps halus atau satu tiub kecil melalui faraj dan serviks untuk sampai ke plasenta.
  • Sel-sel yang telah dikumpulkan  melalui jarum dan dihantar ke makmal untuk analisa.
 
(ii) CVS melalui abdomen ( transabdominal CVS)

 

Ini biasanya dilakukan selepas 13 minggu melalui perut anda.

  • Satu kawasan kecil abdomen dibersihkan dengan antiseptik untuk persediaan CVS.
  • Anda boleh menerima anestetik setempat (ubat melegakan kesakitan) untuk mengurangkan sebarang ketidakselesaan.
  • Doktor akan mengenalpasti keadaan bayi dalam kandungan, kedudukan bayi dan kedudukan uri menggunakan ultrasound.
  • Di bawah bimbangan ultrasound, doktor akan memasukkan jarum melalui abdomen dan rahim anda dan seterusnya ke dalam plasenta dimana kawasan jauh daripada bayi.
  • Prosedur ini berlangsung tidak lebih daripada setengah jam, denyutan jantung janin diperiksa selepas itu untuk memastikan normal.
  • Sel-sel yang telah dikumpulkan  melalui jarum dan dihantar ke makmal untuk analisa.

Anda mungkin berasa sedikit tegang dan tekanan atau ketidakselesaan semasa prosedur dilakukan. Keputusan boleh diperolehi selepas 2-3 minggu.

Selepas prosedur, anda perlu berehat untuk sepanjang hari. Jika anda merasa sebarang ketegangan yang luar biasa, pendarahan pada faraj atau merasa ada cecair amniotik yang keluar, ada harus berjumpa doktor anda secepat mungkin. Elakkan mengangkat barang berat, melakukan hubungan seks dan melancong dalam masa 3 hari.

Video ini menunjukkan bagaimana proses CVS dijalankan di bawah bimbingan ultrasound.

Video ini menunjukkan bagaimana ujian CVS dijalankan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest