3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

UJIAN AMNIOSENTESIS -MENGESAN KECACATAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Apakah Ujian amniosentesis?

Ujian Amniosentesis adalah ujian pranatal dimana sejumlah kecil cecair amnion dikeluarkan dari kantung yang mengelilingi janin dan diuji. Cecair amnion mengandungi sel-sel kulit hidup janin yang digugur semasa perkembangan bayi seperti alpha-fetoprotein (AFP). Bahan ini memberi maklumat penting tentang risiko penyakit genetik dan kesihatan bayi anda sebelum kelahiran.

Mengapakah ujian amniosentesis dilakukan?

Ujian amniosentesis dilakukan untuk mengesan beberapa jenis kecacatan kelahiran seperti sindrom down ataupun kromosom lain yang tidak normal. Ujian ini mempunyai risiko yang rendah bagi kedua-dua ibu dan bayinya. Ujian ini selalunya ditawarkan kepada wanita yang mempunyai rikiso tinggi seperti:

  • Ujian ultrasound menunjukkan bayi mungkin tidak normal.
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu.
  • Mempunyai kanak-kanak dengan kecacatan kelahiran.
  • Umur ibu 35 tahun ke atas

Ujian amniosentesis tidak mengesan semua kecacatan kelahiran, tetapi ia boleh digunakan untuk mengesan risiko genetik yang penting tertentu seperti:

  • Sindrom Down (trisomi 21), Sindrom Patau (trisomi 13), sindrom Edward (trisomi 18)
  • Abnormal pada kromosom jantina
  • Sel penyakit sabit (Sickle cell disease)
  • Cystic fibrosis
  • Pengecutan otot (Muscular dystrophy)
  • Penyakit Tay-Sachs
  • Kecacatan tiub neural seperti spina bifida dan anencephaly

Oleh itu, ultrasound Detail scan dilakukan pada masa yang sama untuk mengesan kecacatan kelahiran yang tidak dapat dikesan oleh ujian amniosentesis seperti lelangit rekah, sumbing, kecacatan jantung dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kecacatan kelahiran tidak akan dikesan sama ada ujian amniosentesis ataupun ultrasound detail scan.

Selain mengetahui risiko genetik, ujian amniosentesis merupakan cara yang paling tepat untuk menentukan jantina bayi sebelum lahir. Ia juga boleh dilakukan semasa trimester ketiga kehamilan untuk menentukan paru-paru bayi cukup matang untuk kelahiran terutamanya kes-kes dimana kelahiran awal boleh dilakukan. Ujian Amniosentesis juga boleh dilakukan untuk menilai jangkitan di dalam cecair amnion dalam keadaan tertentu.

Bilakah ujian amniosentesis dijalankan?

Jika doktor anda telah disyorkan amniosentesis, ujian ini biasanya dijadualkan antara minggu ke- 15 dan ke-20 kehamilan

Bagaimana ketepatan ujian amniosentesis ini?

Ketepatan amniosentesis adalah kira-kira 99.4%

Amniosentesis ini mungkin sekali-sekala tidak berjaya kerana masalah teknikal seperti tidak dapat memungut jumlah cecair amnion yang mencukupi atau kegagalan sel-sel yang dikumpul berkembang apabila sel dikultur.

Adakah ujian amniosentesis mempunyai risiko?

Ya. Terdapat risiko kecil bahawa amniosentesis boleh menyebabkan keguguran ( kurang daripada 1% ataupun antara 1/200 dan 1/400). Kecederaan kepada bayi atau ibu, jangkitan dan kelahiran pramatang adalah komplikasi yang berpotensi lain yang boleh berlaku, tetapi amat jarang berlaku).

Apakah prosedur semasa ujian amniosentesis?

  • Satu kawasan kecil abdomen dibersihkan dengan antiseptik untuk persediaan amniosentesis.
  • Anda boleh menerima anestetik setempat (ubat melegakan kesakitan) untuk mengurangkan sebarang ketidakselesaan.
  • Doktor akan mengenalpasti keadaan bayi dalam kandungan, kedudukan bayi dan kedudukan uri menggunakan ultrasound.
  • Di bawah bimbangan ultrasound, doktor akan memasukkan jarum yang berlubang kecil melalui abdomen dan rahim anda    dan seterusnya ke dalam kantung amnion dimana kawasan jauh daripada bayi.
  • Jumlah kecil cecair (kira-kira 20ml) akan disedut melalui jarum dan dihantar ke makmal untuk analisa.

Anda mungkin berasa sedikit tegang dan tekanan atau ketidakselesaan semasa prosedur dilakukan. Keputusan boleh diperolehi selepas 2-3 minggu.

Selepas prosedur, anda perlu berehat untuk sepanjang hari. Jika anda merasa sebarang ketegangan yang luar biasa, pendarahan pada faraj atau merasa ada cecair amniotik yang keluar, ada harus berjumpa doktor anda secepat mungkin. Elakkan mengangkat barang berat, melakukan hubungan seks dan melancong dalam masa 3 hari.

 

 

Video ini menunjukkan bagaimana amniosentesis dijalankan. 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest