3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

TIPS UNTUK MENCEGAH KECACATAN KELAHIRAN BAYI DALAM KANDUNGAN

 

Tips untuk mencegah kecacatan kelahiran bayi dalam kandungan

Punca lebih daripada 60% daripada kecacatan kelahiran bayi dalam kandungan tidak diketahui. Tetapi, terdapat perkara-perkara yang anda boleh lakukan sebagai ibu yang prihatin terhadap kesejahteraan dan perkembangan bayi anda.

Kesedaran dan pendidikan adalah langkah pertama untuk mencegah kecacatan kelahiran bayi dalam kandungan. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mempunyai kehamilan yang sihat dan bayi yang sihat.

Berikut adalah pelbagai panduan yang anda boleh gunakan untuk mencegah kecacatan kelahiran bayi dalam kandungan seperti:

Tips 1.

  • Kesedaran yang paling penting untuk mengekalkan kesihatan semasa mengandung ialah makan makanan seimbang dan pemakanan, dan mengambil multivitamin termasuk asid folik yang disyorkan 400 mcg setiap hari. Asik folid membantu mencegah kecacatan kelahiran otak dan saraf tunjang.

Tips 2.

  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks dan terdapat kemungkinan anda hamil, pastikan anda mengambil multivitamin setiap hari termasuk yang disyorkan 400 mcg asid folik dan vitamin B yang lain.

Tips 3.

  • Elakkan semua aktiviti yang berpotensi membawa kepada kecacatan kelahiran termasuk alkohol, merokok, dadah haram, dan kafein.

Tips 4.

  • Dapatkan pemeriksaan tahunan sakit puan dan kesihatan.

Tips 5.

  • Mendapatkan kaunseling genetik dan ujian kecacatan kelahiran, terutamanya jika anda mempunyai sebarang sejarah keluarga kecacatan kelahiran atau jika anda lewat usia berumur 35 tahun atau lebih tua.
 Ujian yang mengesan kecacatan kelahiran seperti:

Video ini menunjukkan cara mencegah kecacatan kelahiran bayi dalam kandungan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest