3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

TEKNIK MENYUSUKAN SUSU IBU KEPADA BAYI

Apakah Teknik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi Yang Terbaik?

Kedudukan Badan

  • Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
  • Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.

Cara Medukung Bayi

  • Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
  • Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
  • Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.

Cara Memegang  Payudara

  • Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
  • Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.

Cara Penyusuan

  • Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
  • Gerakkan badan bayi ke arah payudara
  • Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
  • Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.
   

Teknik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi - Posisi Penyusuan Bayi

Posisi Dakapan
  • Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
  • Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
  • Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya.
Posisi Football Hold
  • Ibu duduk memangku bayi dengan lengan dimana muka dan kepala bayi menghadap payudara.
Posisi Beralih Payudara
  • Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara. Ibu juga boleh mengawal kepalanya.
Posisi Baring
  • Bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu.

Teknik Menyusukan Bayi Susu Ibu Kepada Bayi Pasangan Kembar

  • Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak.

NOTA: anda boleh sendawakan bayi anda selepas penyusuan selesai.  

Teknik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi - Pelekapan

Cara Pelekapan Yang Betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagunya mencecah payudara
  • Bibir melekup keluar
  • Pipi gelembung
  • Payudara nampak penuh dan bulat
  • Terdengar nada hisapan.
Cara Pelengkapan Yang Salah
  • Dagu bayi jauh
  • Tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi.
  • Dagu tidak menyentuh payudara
  • Ibu rasa sakit
  • Payudara boleh bengkak dan puting luka.
 

Nota: Anda juga mungkin meminati untuk membaca artikel tentang 20 tips penghasilan susu ibu, kebaikan susu ibu vs susu formula, Cara mengunakan breast pump ataupun penggunaan breast pump manual/elektrik.

Video ini menunjukkan teknik menyusukan susu ibu kepada bayi anda.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest