eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL?

Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa kehamilan. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga disebut sebagai toxemia. Tekanan darah tinggi semasa  hamil menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.

 

Jenis-jenis tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)

Hypertension kronik

Hypertension gestasi

Preeclampsia

  • Kedua-dua hypertension kronik dan hypertension gestasi  boleh menyebab preeclampsia keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke-20. Ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua-dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat. Gejala-gejala bukan sahaja termasuk tekanan darah tinggi (melebihi 140/90), ia juga memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain di dalam badan menyebabkan pengeluaran protein dalam air kencing.
  • Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera dimana ibu mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan akan membawa kematian ibu dan bayi semasa hamil. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekirannya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) boleh menjejaskan bayi anda?

  • Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati pre-eclampsia mungkin terjadi disebabkan pembentukkan uri yang tidak normal yang boleh berlaku seawal minggu ke 18-20 kehamilan. Salur darah yang terdapat dalam uri tidak menjadi nipis dan lembut. Terdapat juga darah beku menyebabkan salur darah tersumbat di dalam uri. Tekanan darah tinggi akan menjejaskan perkembangan bayi  dan bayi dilahirkan lebih kecil dari biasa. Walaubagaimanapun, sesetengah PIH akan hilang selepas kelahiran bayi. Tekanan darah boleh kekal pada tahap yang tinggi sehingga 6 minggu selepas kelahiran.

Siapakah yang berisiko untuk tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)?

  • Ibu kali pertama, ia sering terjadi kepada kandungan sulung.
  • Ibu yang mempunyai keluarga yang mempunyai PIH.
  • Ibu berumur kurang daripada umur 20 atau lebih tua daripada umur 40.
  • Ibu yang mempunyai hypertension kronik
  • Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
  • Ibu yang terlalu kurus ataupun rendah.
  • Kandungan molar
   

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?

  • Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.
  • Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebab kesan yang serius kepada ibu dan bayi.
  • Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan yang berikut:
      • Rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
      • Kerapkan pemeriksaan pranatal
      • Kurangkan memakan garam
      • Minum 8 gelas air sehari.
  • Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.
  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat. Anda boleh mendapat lebih nasihat dan maklumat daripada doktor anda.
 

Video ini menerangkan bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil mengganggu kehamilan anda.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest