KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – SUNTIKAN DEPO PROVERA
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

KAEDAH MENCEGAH KEHAMILAN – SUNTIKAN DEPO PROVERA

 

Apakah Suntikan Depo Provera?

  • Depo-provera adalah suntikan yang mengandungi hormone progesterone sintetik yang dipanggil depo-medroxyprogesterone acetate (DMPA). Suntikan Depo provera adalah satu kaedah mencegah kehamilan yang membantu mengawal ovari yang hanya diperolehi melalui preskripsi dari doktor anda.
 

Bagaimana Suntikan Depo provera berfungsi?

  • Suntikan Depo-provera menghalang ovari daripada membebaskan telur, yang juga dikenali sebagai ovulasi.
  • Menyebabkan serviks menghasilkan mukus yang kurang dan tebal supaya sperma tidak boleh memasuki rahim dengan mudah.
  • Menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.
 

Bagaimana anda menggunakan suntikan Depo provera?

  • Depo-provera adalah preskripsi diperolehi daripada doktor anda dan suntikan akan diberi setiap 11-13 minggu. Doktor anda akan menyuntik hormon sintetik dalam lengan atau di punggung. Suntikan pertama diberikan dalam tempoh lima hari pertama pendarahan haid anda. Suntikan yang berulang akan diberi setiap 11-13 minggu dari suntikan yang sebelumnya.
 

Bagaimanakah keberkesanan Suntikan Depo provera?

  • Depo-provera mempunyai kadar kegagalan kurang daripada 1% apabila ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten.
 

Apakah kesan sampingan atau risiko kesihatan penggunaan suntikan Depo provera?

  • Pendarahan kitaran haid yang tidak teratur adalah kesan sampingan yang paling biasa. Sesetengah wanita mengalami pendarahan bertompok-tompok, sesetengah wanita pula mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Akan tetapi, untuk kebanyakan wanita pendarahan kitaran haid selalunya menjadi lebih sedikit atau mungkin berhenti selepas setahun tempoh penggunaan.

Depo-provera mempunyai kesan sampingan yang serupa dengan penggunaan hormon kontraseptif yang lain seperti:

  • Sakit kepala
  • Pening
  • Loya
  • Sakit dan tegang pada payudara
  • Keletihan
  • Kenaikan berat badan.
  • Perubahan selera makan.
 

Kesan sampingan yang lain termasuk: jerawat, muram, sakit belakang, perut kembung, kaki kejang, kehilangan rambut atau pertumbuhan rambut yang berlebihan atau kehilangan nafsu seks.

Anda tidak seharusnya menggunakan suntikan jika anda berasa anda hamil. Jumpalah doktor anda dan mengambil nasihat tentang penggunaan Depo-provera dalam tempoh penyusuan.

 

Adakah penggunaan suntikan Depo provera membolehkan kehamilan semula jika tidak digunakan?

  • Ya. Walaubagaimana pun ianya mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum kitaran haid anda kembali normal. Untuk kebanyakkan wanita, ovulasi biasanya kembali dalam masa 3-6 bulan, tetapi terdapat sesetengah wanita tidak mempunyai kitaran haid sebanyak 12-18 bulan selepas menghentikan suntikan.
  • Kaedah mencegah kehamilan ini tidak digalakkan untuk diguna oleh seseorang wanita yang mahu hamil dengan cepat selepas menghentikan suntikan .
 

Apakah hubungan antara suntikan Depo provera dan penyakit kelamin?

  • Depo-provera TIDAK memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin.
 

Soalan lazim mengenai depo-provera:

Bilakah ia mula berkesan?

  • Jika suntikan diberi diberi di antara hari pertama dan terakhir pendarahan haid anda, perlindungan terhadap kehamilan bermula serta-merta.

Bagaimana jika anda terlepas suntikan?

  • Jika anda terlepas suntikan, anda perlu menggunakan kaedah mencegah kehamilan yang lain sehingga anda mendapat suntikan yang seterusnya.
 

Apakah kebaikan dan kekurangan penggunaan suntikan Depo provera?

Kebaikan penggunaan Depo-provera termasuk:
  • Ia amat berkesan apabila digunakan dengan betul.
  • Anda tidak perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari.
  • Ia tidak mengganggu semasa melakukan hubungan kelamin.
  • Pendarahan kitaran haid dalam tempoh yang pendek, kurang dan mungkin tiada pendarahan selepas setahun.
  • Mencegah pertumbuhan fibroid pada rahim dan mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap kanser endometrium dan ovari.
  • Tidak mengandungi estrogen yang boleh meningkatkan risiko masalah jantung.
 
Kekurangan penggunaan Depo-provera termasuk:
  • Tidak melindungi terhadap jangkitan penyakit kelamin.
  • Mungkin mengalami penangguhan yang lebih lama untuk hamil semula selepas suntikan dihentikan.
  • Memerlukan lawatan preskripsi dari doktor anda.
  • Pendarahan kitaran haid yang tidak teratur termasuk wanita mungkin mengalami pendarahan dalam tempoh yang lebih panjang.

Video ini menunjukkan info tentang penggunaan suntikan depo provera.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest