3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

SENAMAN PRANATAL YOGA UNTUK IBU HAMIL ( MENGANDUNG)

Senaman yang paling sesuai untuk ibu hamil ialah senaman pranatal yoga, berenang dan berjalan kaki. Senaman yoga bukan hanya memastikan tubuh dan minda anda berada dalam keadaan yang baik, ia juga meregangkan otot-otot, meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi. Ia mengurangkan risiko komplikasi kehamilan untuk ibu hamil, meningkatkan kesihatan bayi anda dan juga mungkin membantu dalam proses kelahiran. Senaman yang tidak digalakkan untuk ibu hamil ialah joging, melakukan sit-up, bermain badminton dan pelbagai lagi jenis senaman yang berat.

Mengapa Senaman Pranatal Yoga Bermanfaat?

Meningkatkan Kesihatan Fizikal dan Mental  Ibu Hamil:

  • Dengan melakukan senaman pranatal yoga berterusan, ia dapat membantu mengurangkan rasa sakit pinggang, kekejangan kaki dan sembelit. Ini boleh membantu dalam mengurangkan  keradangan dan bengkak di sekitar sendi.
  • Ia membantu meningkatkan tahap tenaga, memperlahankan metabolisme untuk menampung berat badan anda yang semakin bertambah.
  • tulang pelvis anda menjadi lebih fleksibel berbanding sebelum. Ketegangan di sekitar serviks dan saluran kelahiran diredakan.  Ini membantu melahirkan bayi lebih mudah.
  • Selain itu, bentuk tubuh badan anda juga boleh dikembali dengan cepat jika anda melakukan senaman semasa hamil
  • Senaman pranatal yoga boleh mengurangkan hormon tekanan stress seperti hormon kortisol manakala mengeluarkan hormon endorfin, adrenalin, serotonin dan dopamin yang boleh merangsangkan
  • Ia boleh mengurangkan mabuk hamil, perubahan mood dan rasa loya.
  • Ia juga membantu untuk melegakan ketidakselesaan payudara selepas kehamilan.

Membantu Perkembangan Bayi:

  • Teknik tarikan nafas yang cukup membantu pengaliran oksigen dan nitrogen Ini juga akan membantu perkembangan sel-sel otak bayi dan tubuh badannya.
  • Hormon endorfin yang dikeluarkan oleh tubuh badan ibu juga menrangsang dan memberi ketenangan dan kegembira kepada bayi anda. Pergerakan semasa senaman yoga menenangkan bayi anda bagai dibuai.

Berikut menunjukkan beberapa cara senaman pranatal yoga yang boleh dilakukan oleh ibu hamil:

Elakkan dari melakukan gerakan melompat-lompat dan gerakan yang tiba-tiba. Lakukan senaman dengan lemah-Iembut dan perlahan-Iahan.

(A) Meregang Lengan BergantianAnda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi.

         
 (B) Meregang Mata Kaki:Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding, tekuklah lutut depan dan perlahan-lahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas kenyamana.
(C) Jongkok: Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki.
         

(D) Meregang : Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh kenyamanan memungkinkan. Perlahan-lahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.

(E) Meregang Tubuh:Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-lahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pada sisi lainnya.

   

(F) Peregangan Berbaring: Berbaring rata menelentang dengan kedua dua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa detik. Ulangi dengan kaki kiri di tekuk.

       

Video ini menunjukkan Senaman pranatal Yoga selama 25 minit. Anda boleh practise senaman ini dan Barang yang perlu disediakan: 2 bantal, selimut, tuala.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest