3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

RISAU BERAT BADAN BERTAMBAH SEMASA MENGANDUNG?

Risau berat badan bertambah semasa mengandung?

Anda boleh merujuk carta di bawah sebagai panduan. Anda tidak harus memberi lebih tumpuan terhadap pertambahan berat badan anda. Anda harus menjaga diet pemakanan anda yang sihat ! Anda boleh DOWNLOAD pertambahan berat form untuk mengawal berat badan anda di sini.

Carta di bawah hanya untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan mengantikan nasihat dari doktor anda.

Carta berat badan bertambah semasa mengandung(kg)

 Carta di atas menunjukkan kebanyakan berat badan adalah dari penyimpanan nutrien termasuk lemak dan perkembangan otot iaitu sebanyak 4.5-5.5kg. Peningkatan cecair badan dan darah di dalam tubuh badan ibu hamil disebabkan oleh perkembangan bayi yang pesat di dalam kandungan. Pembesaran payudara bersiap sedia untuk penyusuan kepada bayi anda. Pembesaran rahim disebabkan perkembangan bayi yang semakin membesar iaitu lebih kurang 1kg dalam sepanjang kehamilan. Berat bayi secara purata adalah di antara 3-3.5kg. Oleh itu, jumlah peningkatan 11-16kg di sepanjang kehamilan  adalah dicadangkan untuk ibu hamil. Akan tetapi, tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

Trimester pertama:

Dalam tempoh 3 bulan pertama, berat badan ibu hamil akan meningkat lebih kurang 1.6kg.

Trimester kedua:

Dalam tempoh 3 bulan yang akan datang, jumlah kenaikan berat badan untuk kebanyakan ibu hamil lebih kurang 5.5-6.4kg. Di mana kenaikan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu.

Trimester ketiga:

Dalam tempoh 3 bulan terakhir, kebanyakan wanita menaik berat badan lebih kurang 5kg.

Nota:

Ini adalah angka purata bagi majority wanita sebagai panduan dan bukan mengantikan nasihat daripada doktor anda. Jika corak pertambahan berat badan anda berbeza, ini tidak bermakna kenaikan berat badan anda abnormal.

Tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest