eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

APAKAH PUNCA PENDARAHAN SEMASA HAMIL AKHIR TRIMESTER?

Apakah punca pendarahan semasa hamil akhir trimester?

(1)Plasenta previa

  • Plasenta previa juga dikenali sebagai uri dibawah dimana uri terletak rendah dalam rahim. Ia boleh menutupi ataupun separa menutupi serviks anda. Plasenta previa adalah salah satu daripada punca umum bagi pendarahan semasa hamiml pada trimester ketiga. Ini disebabkan oleh beberapa saluran darah plasenta yang menutupi serviks regang dan pecah apabila pembukaan serviks menipis dan mengembang pada akhir kehamilan sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika pendarahan semasa hamil teruk, pembedahan cesarean segera mungkin diperlukan untuk menghentikan pendarahan dan untuk menyelamatkan nyawa ibu.
Video: info plasenta previa.

 

(2) Plasenta abruption

  • Plasenta mungkin terpisah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin yang boleh menyebabkan pendarahan semasa hamil. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan berserta dengan kesakitan perut dan pengecutan uterus yang berterusan. Ini adalah suatu keadaan kecemasan dimana boleh menyebabkan kematian bayi atau ibu. Hubungi doktor anda secepat mungkin.
Video: info plasenta abruption.

 

(3) Pecah rahim

  • Pecah rahim juga dikenali sebagai uterine rupture dimana pembukaan abnormal pada rahim dan bukan di pangkal rahim, menyebabkan sebahagian bayi ataupun sepenuhnya dikeluarkan ke dalam abdomen. Pecah rahim jarang berlaku, tetapi amat berbahaya untuk kedua-dua ibu dan bayi. Pembedahan rahim harus dijalankan segera termasuk kelahiran cesarean. Pecah rahim juga boleh berlaku sebelum atau semasa kelahiran. Faktor risiko yang lain yang boleh menyebabkan pecah rahim termasuk kehamilan lebih daripada 4 bayi, trauma, penggunaan yang berlebihan oxytocin, kedudukan bayi abnormal ataupun bahu bayi tersekat pada tulang kemaluan semasa kelahiran.
Video: info pecah rahim (uterine rupture)

 

(4) Tanda bersalin

  • Pendarahan semasa hamil dari faraj juga merupakan satu tanda kelahiran dimana mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh. Ini disebabkan oleh kontraksi rahim dan menyebabkan darah dan lender keluar dari serviks.

(5) Lain-lain

  • Punca pendarahan semasa hamil akhir trimester yang jarang berlaku termasuk kecederaan serviks dan faraj, polyp, kanser, vena varikos, vasa previa ataupun hemophilia.

Nota: Semua pendarahan semasa hamil yang berkaitan dengan akhir trimester kehamilan perlu berjumpa dengan doktor anda segera.

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest