eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

APAKAH PUNCA PENDARAHAN AWAL KEHAMILAN TRIMESTER PERTAMA?

APAKAH PUNCA PENDARAHAN AWAL KEHAMILAN TRIMESTER PERTAMA?

Pendarahan Implantasi

  • Pendarahan implantasi merupakan satu tanda kehamilan yang sering berlaku semasa penempelan janin pada dinding rahim. Pendarahan implantasi selalunya biasanya bertompok-tompok berwarna coklat atau merah jambu dan tidak sebanyak darah haid. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja. Ia biasanya berlaku sekitar hari 6-12 selepas ovulasi dan persenyawaan. Pendarahan implantasi merupakan pendarahan awal kehamilan yang sering berlaku dan tidak membimbangkan

Keguguran Terancam

  • Keguguran terancam juga boleh dikenali sebagai threaten miscarriage dimana anda mempunyai pendarahan atau kekejangan tetapi janin anda masih berada dalam rahim anda. Ini mungkin berlaku jika anda mempunyai jangkitan, seperti jangkitan saluran kencing, mengalami dehidrasi, penggunaan dadah atau ubat-ubatan tertentu atau telah terlibat dalam trauma fizikal. Selain daripada sebab-sebab ini, keguguran terancam biasanya tidak disebabkan oleh aktiviti seperti mengangkat berat atau melakukan hubungan seks atau tekanan emosi.

Keguguran Lengkap

  • Keguguran lengkap juga boleh dikenali sebagai keguguran spontan ataupun complete miscarriage dimana anda mempunyai pendarahan atau kekejangan tetapi rahim anda ternyata kosong berdasarkan ultrasound skan. Ini bermakna anda telah kehilangan kehamilan. Punca-punca ini adalah sama seperti keguguran terancam.

Keguguran Tidak Lengkap

  • Keguguran tidak lengkap juga boleh dikenali sebagai incomplete miscarriage. Anda mungkin mempunyai keguguran yang tidak lengkap jika pemeriksaan pelvic menunjukkan serviks anda terbuka dalam masa yang panjang dan pengeluaran darah, beku atau tisu belum dihentikan. Keguguran tidak lengkap mungkin berlaku jika serviks anda mula diketatkan sebelum semua tisu dikeluarkan ataupun jika terdapat jangkitan dalam rahim anda.

Kegagalan Pembentukan Janin

  • ultrasound skan menunjukkan bukti kehamilan dalam rahim tetapi perkembangan janin telah gagal terbentuk. Ini mungkin berlaku jika janin adalah tidak normal.

Kematian Janin Intrauterine

  • Kematian janin intrauterine juga dipanggil IUFD ataupun bayi mati dalam rahim. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa semasa mengandung. Ia mungkin berlaku pada peringkat awal kehamilan, namun ia adalah sangat umum berlaku semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Kehamilan luar rahim, Ektopik

  • Kehamilan ektopik juga dikenali sebagai kehamilan luar rahim dimana telur disenyawakan di luar rahim biasanya di dalam tiub fallopio. Perkembangan janin di tiub fallopio boleh menyebabkan kesakitan dan mungkin pecah dan menyebabkan pendarahan awal kehamilan yang boleh membahayakan nyawa.
Video ini menunjukkan bagaimana kehamilan luar rahim berlaku.

Kehamilan molar

  • Kehamilan molar juga dikenali sebagai kandungan anggur. Ini disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyebabkan pertumbuhan tisu yang tidak normal hasil dari persenyawaan yang membesar dengan cepat di dalam rahim. Tiada janin di dalam kehamilan ini tetapi ujian air kencing menunjukkan kehamilan positif.

Pendarahan postcoital

  • Pendarahan postcoital adalah pendarahan faraj selepas hubungan seks. Pendarahan awal kehamilan ini mungkin merupakan perkara biasa berlaku semasa mengandung.

Pendarahan tidak berkaitan dengan kehamilan

  • Pendarahan awal kehamilan juga mungkin disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan mengandung. Sebagai contoh, trauma pada dinding faraj boleh menyebabkan pendarahan dan beberapa jangkitan juga boleh menyebabkan pendarahan.

Peringatan : Semua pendarahan awal kehamilan perlu berjumpa dengan doktor anda segera!

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest