PROSES KELAHIRAN BAYI - 3 PERINGKAT BERSALIN
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PROSES KELAHIRAN BAYI – 3 PERINGKAT BERSALIN

 

Proses kelahiran bayi dibahagikan kepada 3 peringkat dimana peringkat pertama bermula dengan pembukaan servix dari 1cm-10cm. Peringkat kedua pula ialah kelahiran bayi. Peringkat ketiga ialah pengeluaran uri dari rahim.

Proses kelahiran bayi - Peringkat pertama

 

Pada peringkat pertama proses kelahiran bayi, pengecutan rahim semakin kuat dan pembukaan servik secara perlahan-lahan terjadi. Serviks anda mengalami banyak perubahan dimana ia akan menjadi lembut.  Dengan pengecutan rahim sekali, ia memberi tekanan dari kepala bayi perlahan-lahan memaksa serviks menjadi nipis, memendek dan membuka. Peringkat ini merupakan proses kelahiran bayi yang paling lama dimana ia boleh bertahan selama beberapa jam atau dari 8-14 jam. Ia dibahagikan kepada dua fasa laten dan fasa aktif.

  • Fasa laten ialah apabila serviks membuka di antara 1-3cm dan selalunya mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 9 jam secara purata. Masa berbeza untuk setiap ibu hamil. Kebanyakkan ibu hamil tidak merasa terlalu sakit pada fasa ini kerana kontraksi tidak begitu kuat dan tidak cukup kerap lagi.
  • Fasa aktif  ialah apabila serviks membuka di antara 3-10cm dan selalunya mengambil di antara 2-4jam. Masa berbeza untuk setiap ibu hamil. Ibu hamil mungkin memerlu ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dimana kontraksi sudah mencapai tahap kuat. Kontraksi mungkin terjadi setiap 4-5 min dan semakin lama untuk berhenti. Kadar pembukaan serviks selalunya lama untuk ibu kali pertama dan ia menjadi semakin cepat untuk kehamilan seterusnya.
   

Proses kelahiran bayi - Peringkat kedua

 

Pada masa ini, serviks anda sudahpun terbuka sebanyak 10cm dan kontraksi pun pada tahap maksima dimana anda akan merasa kesakitan yang ketara. Pengecutan berlaku setiap 2-3 minit selama antara 1 hingga 1.5 minit untuk memaksa bayi ke bawah dan keluar. Apabila kepala bayi sudah mencecah otot pelvis, anda digalakkan mempraktis teknis pernafasan yang diajar di kelas antenatal untuk menolak bayi keluar dari faraj. Apabila kepala bayi muncul di mulut faraj, doktor mungkin akan membuat luka kecil di kawasan antara faraj dan rektum dikenali sebagai episiotomi untuk mempercepatkan proses kelahiran bayi. Peringkat kedua mengambil masa selama 15-50 minit.Tahniah, bayi anda kini telah dilahirkan ke dunia ini!

 

Proses kelahiran bayi - Peringkat ketiga

Di peringkat akhir, uri akan dikeluarkan dari rahim dan dibuang. Darah beku membentuk segera di tapak pemisahan uri dengan rahim untuk menghalang pendarahan berlebihan. Proses ini mengambil masa selama 5-10 minit. Uri juga dipisahkan dari bayi dengan menguntingkan tali pusat.

Anda mungkin minat membaca tentang tanda-tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi, dan jenis kaedah bantuan bersaline seperti induce, penggunaan vakum atau forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.

Video-video ini menunjukkan bagaimana bayi anda dilahirkan di dunia ini !

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest