eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 8 & 3D 4D SCAN

Trimester Pertama (Minggu 1-13)

Minggu ke- 8 perkembangan bayi 4d scan | bayi-ibu.com

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-8

BAYI

Bayi dalam kandungan kini dipanggil fetus. Umur janin sebenar ialah 6 minggu. Panjang janin anda lebih kurang 18mm. janin dilindungi oleh kantung amnion yang dipenuhi oleh air ketuban (fungsi air ketuban).  Jari tangan dan kaki akan mula membentuk minggu ini. Tangan dan kaki telah dipanjangkan. Siku bayi anda juga boleh bergerak. Oleh itu, bayi anda boleh berenang dalam kolam air ketuban! Telinga bayi mula membentuk. Gigi, lelangit dan larinks juga mula membentuk. Tunas kecil kemaluan bayi mula putik. Usus bayi berkembang sehingga terlalu besar untuk disimpan dalam perut kecil bayi. Oleh itu, usus bayi akan disimpan dalam tali pusat anda untuk beberapa minggu. Urat bayi juga jelas kelihatan yang diselaputi dengan kulit nipis bayi.

 

IBU

Anda boleh merancang menjalankan lawatan pranatal pemeriksaan (check up) pertama yang dijadualkan antara minggu ke 8-12. Pemeriksaan fizikal yang akan dijalani termasuk ketinggian anda, berat badan, tekanan darah, ujian kencing dan darah akan dicatatkan dalam rekod perubatan buku merah anda. Pemeriksa akan merekodkan segala kesihatan umum anda dan sejarah perubatan keluarga anda, oleh itu bawalah segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila anda merancang menjalankan lawatan pertama anda. Anda juga diminta ingat tarikh tempoh terakhir haid (LMP) untuk mengira tarikh due date anda (EDD) ataupun mengikut tarikh scan pertama (REDD). Anda boleh mengikut temujanji pranatal pemeriksaan ulangan yang dibagi oleh doktor anda.

Anda boleh membaca Prosedur manual kejuruwatan O&G lebih teliti.

 Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-9 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-8.

Kembali ke Artikel perkembangan bayi pada Minggu Ke-7Kembali ke Artikel-Artikel Trimester Main PageKe Perkembangan Bayi Pada Minggu Ke-9

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest