eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 7 & 3D 4D SCAN

Trimester Pertama (Minggu 1-13)

Minggu ke- 7 perkembangan bayi 4d scan | bayi-ibu.com

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-7

BAYI

Umur janin sebenar ialah 5 minggu. Panjang janin anda lebih kurang 13mm. Tali pusat bayi terbentuk untuk menghubungkan embrio dengan uri (fungsi uri). Paru-paru dan system penghadaman terus berkembang. Ciri muka bayi anda juga mula terbentuk. Tangan dan kaki embrio juga mula membentuk. Ekor embrio kini telah hampir hilang. Jantung telah dibahagikan kepada bilik kiri dan kanan. Denyutan jantung bayi anda mencecah 150 denyutan per minit (bpm) yang kira-kira dua kali ganda berbanding orang dewasa. Sistem otot bayi juga berkembang dan bayi anda mula bergerak! Bayi anda mempunyai jenis darah sendiri dan sel-sel darah dihasilkan oleh hati.

IBU

Anda mungkin berasa loya dan muntahan bertambah teruk dengan bau-bau tertentu. Terdapat 15 tips mengurangkan loya dan muntah. Anda juga mungkin berasa pening, payudara sakit dan kerap kencing. Ini merupakan tanda-tanda awal kehamilan. Pastikan anda berehat dengan secukupnya jika anda turut berasa mudah letih.

Anda mungkin tertanya-tanya, adakah seks semasa hamil selamat? Anda boleh membaca info di sini.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-8 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video ini menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-7.

Kembali ke Artikel perkembangan bayi pada Minggu Ke-6Kembali ke Artikel-Artikel Trimester Main PageKe Artikel perkembangan bayi pada Minggu Ke-8

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest