PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE-4 & 3D 4D SCAN
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 4 & 3D 4D SCAN

Trimester Pertama (Minggu 1-13)

Minggu ke- 4 perkembangan bayi 4d scan | bayi-ibu.com

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-4

BAYI

Pada minggu ini, blastosis akan melekat pada dinding rahim. Proses ini juga dinamakan proses penempelan. Embrio IVF biasanya dipindahkan ke dalam rahim di peringkat ini.Tapak dimana implantasi berlaku dan berkembang akan menjadi uri. Selepas proses penempelan, blastosis terus membahagi dan membentuk jisim sel dalaman, trofoblas dan kantung amnion.  Trofoblas merangsangkan korpus luteum menghasilkan hormone progesterone  yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan embrio di tapak penempelan. Ia juga menghasilkan hormone kehamilan hCG (human chorionic gonadotrophin) yang boleh dikesan melalui ujian darah untuk menentukan sama ada anda mengandung atau sebaliknya.

Minggu ini bayi dalam kandungan anda dikenali sebagai embrio. Umur janin sebenar ialah 2 minggu. Panjang janin lebih kurang 2mm. Embrio mempunyai dua lapisan sel- satu lapisan hypoblast dan satu lapisan epiblast yang akan berkembang menjadi organ bayi. Amnion dan kuning telur (yolk sac) akan membentuk pada masa ini. Amnion diisi oleh cecair air ketuban (Fungsi air ketuban) dan bertindak sebagai lapisan perlindungan untuk bayi anda manakala kuning telur menyuburkan embrio sehingga peranannya diambilalih oleh uri (Fungsi uri) apabila uri matang.

 

IBU

Pendarahan bertompok-tompok atau pendarahan ringan mungkin berlaku kira-kira 10-14 hari selepas persenyawaan (juga dikenali sebagai pendarahan penempelan). Tempoh pendarahan sangat singkat dan mungkin berakhir dalam 1 hari.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-5 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

 

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-4.

Perkembangan Bayi pada Minggu Ke-3Kembali ke Artikel-Artikel Trimester Main PagePerkembangan Bayi pada Minggu Ke-5

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest