eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 39 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-39 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-39

BAYI

Umur janin sebenar ialah 37 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 51cm; berat janin lebih kurang 3400g. Purata berat bayi lebih kurang antara (2700-4000g). Diameter kepala lebih kurang 10cm. Fungsi tali pusat bayi akan berhenti apabila bayi mengambil nafas pertama di luar rahim. Pengambilan nafas pertama akan merangsangkan jantung memaksa semua darah ke paru-paru.

 

IBU

Anda harus bersiap sedia untuk bersalin dan banyak berehat di rumah untuk mengumpulkan tenaga supaya tenaga yang disimpan dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. Anda akan menyambut bayi anda tidak lama lagi. Jika air ketuban anda pecah ataupun mempunyai tanda-tanda bersalin, hubungilah doktor anda serta-merta.

Anda mungkin berminat membaca artikel tentang tanda tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi dan  jenis kaedah bantuan bersalin seperti induce, penggunaan vakum, forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-40 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-39.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh lapanArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke empat puluh

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest