eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 37 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-37 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-37

BAYI

Umur janin sebenar ialah 35 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 50cm; berat janin lebih kurang 3000g. Diameter kepala lebih kurang 9cm. Perkembangan bayi dalam kandungan anda sudah cukup matang juga boleh dikatakan cukup bulan. Air ketuban boleh pecah dan bayi anda boleh dilahirkan bila-bila masa. Bayi anda membesar dengan pesat. Dinding rahim dan kulit abdomen regang menyebabkannya semakin nipis. Ini membenarkan cahaya melalui kulit abdomen nipis anda dan bayi anda mempunyai tabiat yang sama setiap hari dimana bayi akan tidur dan aktif pada waktu sama setiap hari.

Sistem organ sudah terbentuk dan ditempatkan sempurna, hanya paru-paru adalah terakhir untuk mencapai kematangan. Paru-paru hanya akan mencapai kematangan dan memantapkan pola pernafasan yang normal biasanya selepas bayi dilahirkan beberapa jam kemudian.

IBU

Anda harus bersiap sedia untuk bersalin. Walaupun anda masih ada tiga minggu dari EDD anda, tetapi anda mungkin bersalin awal. Anda harus perhati tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap, lebih lama dan panjang. Ini merupakan kontraksi yang luar biasa dimana tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tahap aktiviti anda. Anda mungkin perasan pelepasan sedikit mukus cecair dari faraj anda. Anda juga berasa sakit belakang yang kerap. Jika air ketuban anda pecah ataupun mempunyai tanda-tanda bersalin, hubungilah doktor anda serta-merta.

 

Nota: Pertubuhan kesihantan sedunia (WHO) mentakrifkan ‘bayi cukup bulan’ antara minggu ke 37-42. Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke-37 yang dianggap pramatang, doktor mungkin cuba melambatkan kelahiran bayi anda. Bayi yang dilahirkan selepas minggu ke-37, doktor mungkin tidak cuba melambatkan kelahiran bayi anda sama ada menunggu masa secara semula jadi ataupun menjalankan pembedahan ceasarean yang boleh dijadualkan. Kajian menunjukkan kurang daripada 5% kelahiran berlaku pada tarikh matang; 50% kelahiran dalam tempoh seminggu tarikh matang, dan hampir 90% dalam tempoh 2 minggu.

Anda mungkin berminat membaca artikel tentang tanda tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi dan  jenis kaedah bantuan bersalin seperti induce, penggunaan vakum, forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-38 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-37.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh enamArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh lapan

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest