eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE-36 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-36 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-36

BAYI

Umur janin sebenar ialah 34 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 48cm; berat janin lebih kurang 2850g. Jika anda merupakan ibu buat kali pertama, kepala bayi mungkin bergerak masuk ke dalam pelvis (juga dikenali sebagai ‘engaged’ ) di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat sebagai persediaan untuk berlahir. Ini merupakan tanda tanda bersalin. Jika anda merupakan ibu buat kali kedua keatas, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran.

Majoriti bayi kini mengekalkan kedudukan tetap sehingga lahir, sama ada kepala bawah ataupun punggung ke bawah (kedudukan songsang). Jika bayi anda jatuh di dalam pelvis anda, anda dapat bernafas dengan mudah lagi. Tetapi, anda berasa lebih kerap berkencing kerana bayi berehat betul-betul di atas pundi kencing anda. Buah pinggang dan hati telah mula memproses beberapa bahan buangan kecuali paru-paru yang masih belum matang sepenuhnya.

 

IBU

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sehingga anda bersalin Doktor akan memeriksa jika serviks anda telah lembut, nipis, mengembang atau kepala bayi anda jatuh ke dalam pelvis yang merupakan tanda-tanda nak bersalin. Tetapi masa untuk bersalin tidak boleh diramalkan. Pangkal rahim anda akan berasa sakit dan kerap berkencing akibat tekanan yang dibuat oleh bayi anda.

Anda mungkin berminat membaca artikel tentang tanda tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi dan  jenis kaedah bantuan bersalin seperti induce, penggunaan vakum, forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-37 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-36.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh limaArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh tujuh

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest