eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 35 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke- 35 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-35

BAYI

Umur janin sebenar ialah 33 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 47cm; berat janin lebih kurang 2600g. Kira-kira 99% bayi yang dilahirkan pramatang pada minggu ini boleh hidup di luar rahim dengan bantuan inkubator dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serious. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya tetapi paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya. Refleks bayi anda diselaraskan.

Pembinaan lemak di bawah kulit bayi tidak mencukupi untuk menjaga hangat di luar rahim anda. Kedudukan bayi dan uri anda amat penting pada peringkat ini. Jika kedudukan bayi anda masih songsang ataupun uri anda rendah ataupun bawah pada minggu ini, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalankan pembedahan Cesarean.

 

IBU

Walaupun kekurangan ruang dalam rahim anda, anda masih perlu merasa dan mengira pergerakan bayi setiap hari. Anda mudah berasa letih dan kebas di kawasan pelvis disebabkan sendi-sendi pelvis meregang jika berjalan terlalu lama. Anda dinasihati banyak berehat. Banyakkan perbincangan tentang emosi dan persediaan anda dengan suami anda untuk menghilangkan kerisauan. Diet anda harus dikawal. Bersiap-sedia sekarang untuk menyambut kedatangan bayi anda dalam beberapa minggu yang akan datang.

Anda mungkin berminat membaca artikel tentang tanda tanda bersalin, cara bersalin seperti kelahiran bayi melalui faraj, cesarean, bersalin dalam air, penggunaan epidural, tips menjaga luka episiotomi dan  jenis kaedah bantuan bersalin seperti induce, penggunaan vakum, forcep. Anda mungkin berminat juga menyimpan sel stem darah tali pusat untuk bayi anda.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-36 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-35.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh empatArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh enam

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest