eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 34 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke- 34 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-34

BAYI

Umur janin sebenar ialah 32 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 46cm; berat janin lebih kurang 2400g. Bayi anda boleh hidup di luar rahim dengan sokongan hospital tetapi risiko komplikasi pramatang masih tinggi. Tulang tengkorak kepala bayi masih agak fleksibel untuk memudahkan kelahiran bayi anda daripada saluran kelahiran yang sempit.

Kulit bayi menjadi kurang berkedut akibat penyimpanan lemak pada lengan dan kaki bayi. Immunisasi bayi dibina oleh bayi untuk melindunginya terhadap jangkitan ringan dengan bantuan antibodi ibu. Kepala bayi anda mungkin berpusing ke bawah sebagai persediaan untuk kelahiran. Bayi mungkin menolak tulang rusuk anda membuat anda sedikit tercungap-cungap dan sakit.

 

IBU

Anda mungkin mengalami Kontraksi Braxton Hicks yang akan menjadi kerap dan kuat tetapi ini bukan kontraksi sebenar lagi. Ia hanya pengecutan rahim yang dilakukan oleh badan  sebagai persediaan untuk bersalin. Anda boleh mengamalkan latihan pernafasan. Tekanan serviks yang kuat oleh bayi anda menyebabkan anda rasa sakit dan kerap berkencing. Tekanan darah anda mungkin meningkat. Oleh itu, anda haruslah mengawal emosi dan perasaan anda pada peringkat ini. Kesemua ini adalah tanda-tanda nak bersalin.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-35 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-34.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh tigaArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh lima

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest