eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE-33 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-33 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-33

BAYI

Umur janin sebenar ialah 31 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 44cm; berat janin lebih kurang 2000g. Diameter kepala bayi kira-kira 8.5cm. Posisi bayi akan diperhatikan oleh doktor and dalam mingggu-minggu yang akan datang dimana sesetengah bayi suka memusing balik kepala ke atas semula. Bayi boleh minum sebanyak 500ml air ketuban sehari dan membuang air kencing dengan jumlah yang sama. Bayi menggunakan paru-paru untuk berlatih bernafas dengan menyedut cecair amnion.

Rambut di kepala, bulu mata dan kening adalah ketara. Kuku bayi bertumbuh sampai ke hujung jari atau lebih. Bayi akan mengambil kalsium daripada tulang dan gigi untuk pemendapan kalsium pada tulang bayi dan mengambil mineral daripada struktur rangka ibu apabila diperlukan.

 

IBU

Pada peringkat ini, pengambilan kalsium adalah amat penting. Pertambahan berat badan anda lebih kurang 500g seminggu. Walau demikian, jangan berhenti makan disebabkan oleh kenaikan berat badan anda. Anda dan bayi anda memerlukan kalori dan nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan daripada diet makanan yang sihat. Anda digalakkan kerap bermakan tetapi makan dengan bahagian yang sedikit.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-34 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-33.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh duaArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh empat

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest