PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 32 & 3D 4D SCAN
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 32 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-32 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-32

BAYI

Umur janin sebenar ialah 30 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 43cm; berat janin lebih kurang 1800g. Di bawah kulit bayi anda, lapisan lemak semakin tebal dimana bayi kelihatan semakin chubby. Untuk bayi lelaki, buah testis akan turun dari pangkal paha ke dalam skrotum bayi. Untuk bayi perempuan, kelentitnya kini agak menonjol.

Pada masa ini, bayi boleh tidur sepanjang hari. Rahim anda yang semakin sempit mengurangkan pergerakan bayi. Bayi masih cuba untuk bergerak kerap tetapi dia tidak mempunyai ruang yang cukup. Oleh itu, bayi hanya boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi atau bergerak tangannya. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila bayi anda mengeliat ataupun berkeras. Tendangan bayi anda dan pergerakan lain mungkin kelihatan kurang bertenaga.

 

IBU

Anda mungkin mahu memeriksa pergerakan bayi anda dari semasa ke semasa dan melakukan kiraan sepakan dimana anda boleh berasa 10 sepakan bayi mengambil tempoh berapa lama.  Anda dilarang mengangkat benda-benda yang berat. Anda dicadangkan berbaring mengiring ke kiri untuk meningkatkan  kelancaran pengaliran darah, pencernaan, fungsi buah pinggang dan hati ibu. Anda juga dicadangkan berbaring dengan sedikit menekuk lutut.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-33 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-32.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh satuArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh tiga

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest