PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 31 & 3D 4D SCAN
eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 31 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-31 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-31

BAYI

Umur janin sebenar ialah 29 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 42cm; berat janin lebih kurang 1600g. Paru-paru bayi dan saluran penghadaman hampir menjadi matang. Hampir semua organ-organ utama berfungsi dan pertumbuhan jisim otot dan lemak bertumpu pada organ-organ utama yang matang.

Buah pinggang dan saluran kencing bayi berkembang sepenuhnya dimana bayi akan membuang air kencing beberapa kali sehari. Jumlah air ketuban (fungsi air ketuban) dalam kantung amnion berdasarkan pembuangan air kencing dan penelanan air ketuban oleh bayi. Jika terdapat air ketuban yang berlebihan, ini bermakna bayi anda tidak menelan yang sepatutnya. Jika air ketuban berkurangan, bayi anda mungkin mempunyai masalah dengan buah pinggang dan tidak dapat membuang air kecing dengan sempurna. Cara memeriksa tahap air ketuban boleh diketahui melalui ultrasound scan.

 

IBU

Anda sering berasa sesak nafas terutamanya apabila anda tidak berhenti bergerak. Ini disebabkan rahim anda menekan diafragma anda. Anda harus memberi perhatian kepada isyarat badan anda dan berehat apabila anda perlu. Jika anda berasa susah bernafas pada waktu malam, anda dinasihati memakai pakaian yang longgar dan tidak panas. Jumlah pertambahan berat badan anda sehingga minggu ini mungkin antara 9.5-12.5kg dimana kira-kira setengah berat ini tertumpu pada pertumbuhan rahim, uri, bayi dan jumlah cecair amnion.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-32 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-31.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluhArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh dua

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest