eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 30 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-30 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-30

BAYI

Umur janin sebenar ialah 28 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 40cm; berat janin lebih kurang 1400g. Kepala bayi hampir 8cm diameter dan kaki bayi hampir 6cm panjang. Bayi semakin gemuk dan mula mengawal suhu badan sendiri. Rambut di kepala bayi semakin lebat. Kulit berkedut sebelum ini kini menjadi semakin licin. Bayi anda mula menyimpan besi, kalsium dan fosforus untuk perkembangan tulang tulang dia yang semakin mengeras. Untuk bayi lelaki, buah testis akan menurun ke pangkal paha dia. Bayi kini pandai menyesuaikan keadaan mengikutan keselesaan di dalam rahim anda.

 

IBU

Rahim anda kini kira-kira 10cm di atas pusat abdomen anda. Berat badan anda sepatutnya meningkat kira-kira 500g seminggu pada titik ini. Anda mungkin mengalami sedikit bengkak pada pergelangan kaki anda. Kira-kira 40-75% wanita akan mengalami bengkak ringan pada kaki disebabkan oleh kehamilan. Keadaan ini berlaku disebabkan retensi air pada kaki, juga dikenali sebagai edema. Anda digalakkan untuk meminum banyak air untuk mengurangkan retensi air.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-31 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-30.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh sembilanArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh satu

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest