eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 29 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-29 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-29

BAYI

Umur janin sebenar ialah 27 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 38.5cm; berat janin lebih kurang 1150g. Otak bayi sibuk berkembangkan berbilion-bilion neuron. Oleh itu, kepala bayi semakin membesar. Otot dan paru-paru terus bermatang. Janin boleh rasa dan bertindak balas terhadap kesakitan. Bayi juga bergerak dari sisi ke sisi, tetapi mungkin dalam kedudukan songsang. Dalam beberapa minggu akan datang, kepala bayi anda akan berpusing ke bawah. Oleh itu, kedudukan bayi tidak penting lagi setakat ini. Pergerakan bayi terhad disebabkan rahim menjadi lebih sempit, tetapi bayi masih boleh melakukan banyak tendangan dan tumbukan yang kuat. Anda boleh mula mengira tendangan bayi melalui carta tendangan bayi.

Pendengaran bayi bertambah baik dimana dia boleh membeza bunyi dan suara yang sebenar. Bayi juga mungkin bergerak mengikut rentak musik dimana kajian menunjukkan bayi boleh memilih beberapa jenis musik kehamilan yang disukai pada peringkat ini. Penglihatan bayi juga bertambah baik dimana dia boleh membeza cahaya matahari yang terang atau cahaya tiruan melalui dinding rahim.

IBU

Jangan lupa untuk terus ‘mengajar’ bayi anda di dalam rahim dengan mendedahkan mereka kepada musik, sastera dan berkomunikasi dengan bayi anda. Pergerakan bayi mempunyai masa tertentunya dan dia mula mengeraskan badan. Jika anda rasa bayi tidak bergerak seberapa banyak yang dilakukan, berjumpalah dengan doktor anda. Payudara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum, sejenis cecair yang melekit, Anda boleh pakai pad pada coli bagi mengelakkan kelekitan.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-30 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

 

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-29.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh lapanArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga puluh

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest