eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 28 & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga ( minggu 27-40)

Minggu ke-28 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-28

BAYI

Umur janin sebenar ialah 26 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 37.5cm; berat janin lebih kurang 1000g. Rambut di kepala kini jelas kelihatan. Gigi susu telah bertumbuh di bawah gusi. Mata mula bergerak dalam soket bayi. Pergerakan mata yang cepat apabila bayi tidur menunjukkan bayi anda mungkin bermimpi. Lapisan lemak bertambah pada tubuh bayi. Otak bayi juga terus berkembang. Paru-paru bayi berkembang agak matang. Jika bayi anda dilahirkan pramatang pada minggu ini, peluang untuk hidup kini sekurang-kurangnya 90%. Walaubagaimanapun, komplikasi-komplikasi kelahiran pramatang masih mungkin wujud.

 

IBU

Rahim anda kini membesar kira-kira 7cm di atas pusat abdomen anda. Pada masa ini, perut anda akan berkembang kira-kira 1cm setiap minggu. Untuk sesetengah ibu, perkembangan perut yang pesat juga akan menyebabkan gatal-gatal abdomen. Anda boleh menyapu krim untuk mengurangkan kegatalan anda. Jika anda mengikuti pelan hidangan yang berkhasiat dan seimbang, jumlah pertambahan berat badan anda sehingga minggu ini mungkin antara 7.5-10.5kg.

Ujian darah dilakukan pada peringkat ini untuk menguji tahap anemia dalam badan anda. Bekalan zat berbentuk pil akan diberi jika ujian keputusan menunjukkan anemia positif. Anda juga mungkin diuji antibodi Rhesus pada minggu ini. Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, suntikan anti-D akan dibagi untuk melawan ketakserasian. Suntikan ulangan mungkin dibagi pada minggu ke-36 kehamilan.

Perkembangan bayi dalam kandungan seperti pembesaran bayi, tahap air ketuban, kedudukan uri, kedudukan bayi, denyutan jantung bayi dan lain-lain akan periksa melalui ultrasound scan.

Anda boleh membaca Prosedur manual kejuruwatan O&G lebih teliti.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-29 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-28.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh tujuhArtikel-artikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KetigaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh sembilan

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest