PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 27 & 3D 4D SCAN
Trimester ketiga ( minggu 27-40)
Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-27
BAYI
Tahniah! Anda telah membuat 2/3 perjalanan sepanjang proses kehamilan anda. Umur janin sebenar ialah 25 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 36.5cm; berat janin lebih kurang 875g. Pada minggu ini, bayi anda cukup banyak kelihatan seperti ketika lahir dalam versi kecil. Tetapi dia tidak cukup bersedia lagi dimana sistem pertahanan badan, hati dan paru-paru masih belum berkembang sepenuhnya.
Retina di belakang mata bayi anda mula terbentuk. Mata bayi mula berkelip, membuka dan menutup pada minggu ini. Jika anda bersinar lampu suluh terhadap perut anda, bayi anda akan menyedarinya dan boleh memusingkan kepalanya. Bayi kini mempunyai kening, bulu mata dan rambut yang semakin menumbuh. Nada otot berkembang dan badan bayi anda semakin berisi. Jika bayi anda dilahirkan pada minggu ini, peluang untuk hidup sekurang-kurangnya 80%. Walaubagaimanapun, komplikasi kelahiran pramatang masih mungkin wujud.
IBU
Kadang-kadang, anda mungkin mula berasa perut anda mengetat dan bersantai dengan rentak yang tidak teratur. Ini dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks yang tidak menyebabkan kesakitan dan membantu rahim anda bersedia untuk kelahiran bayi anda. Anda cuba berdiri dengan belakang anda terhadap pada dinding dan lutut anda dibengkokkan sedikit. Anda cuba sedut nafas dan menolak sedikit belakang anda terhadap dinding, hembus nafas dan relaxkan badan anda.
Anda mungkin mengalami sesak nafas kerana rahim sangat dekat dengan tulang rusuk anda. Sesetengah ibu tidak dapat mengembangkan sangkar rusuk mereka sepenuhnya, tetapi ini tidak akan memberikan kesan negatif terhadap bayi anda. Anda boleh menjalani yoga kehamilan untuk mengurangkan kesesakan nafas.
Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-28 dan gambar 3d 4d scan pada minggu depan!
Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-27.
- 1st Trimester
- 2nd Trimester
- 3rd Trimester
Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13







