eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 26 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-26 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-26

BAYI

Minggu ini merupakan minggu terakhir trimester kedua. Umur janin sebenar ialah 24 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 35.5cm; berat janin lebih kurang 760g. Janin anda boleh membuat pergerakan bernafas, tetapi tiada udara di dalam paru-paru lagi. Tangan bayi kini membesar sepenuhnya kecuali beberapa sambungan saraf tangan. Ketangkasan bertambah baik. Bayi boleh menumbuk dan menggenggam objek di tapak tangannya. Ini juga boleh merangsang deria sentuhan janin di mana bayi juga boleh mengguna tangan menyentuh muka, satu tangan ke tangan lain, kaki ke muka bayi, menyentuh kaki pada kaki dan tangan menggengam tali pusat. Kembar pula akan meneroka satu sama lain dan memulakan ikatan mereka. Oleh itu, pertumbuhan otak menunjukkan tindak balas kepada sentuhan. Pertumbuhan otak juga menghasilkan aktiviti gelombang otak bagi sistem visual dan auditori.

 

IBU

Anda boleh bermain dengan bayi anda sekarang melalui penyentuhan dinding perut anda. Bayi akan bertindak balas terhadap tekanan dari sentuhan anda. Tidur anda kini sering tidak nyenyak disebabkan perut anda semakin besar, ada akan rasa tidak selesa ketika baring. Cara posisi tidur yang betul amat penting. Anda juga boleh alaskan perut dan kaki dengan bantal. Elakkan berbaring secara menelentang kerana saluran darah ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar menyebabkan anda rasa tidak selesa.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-27 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

******* Akhir Trimester Kedua********

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-26.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh limaArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh tujuh

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest