eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE-25 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-25 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-25

BAYI

Umur janin sebenar ialah 23 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 34cm; berat janin lebih kurang 690g. Sepanjang minggu ini, kelenjar peluh akan terbentuk di dalam kulit. Struktur tulang belakang mula terbentuk termasuk 33 cincin, 150 sendi dan 1000 ligamen. Saluran darah paru-paru berkembang. Lubang hidung bayi anda mula membuka. Saraf di sekitar kawasan mulut dan bibir menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi dimana refleks menelan terbentuk. Otak berkembang dengan pesat dan sel-sel otak telah mula matang. Tulang-tulang telinga dalam telah menjadi keras dan bayi boleh mendengar bunyi di luar rahim. Bayi boleh belajar dan mengenali suara ibu dan bapa. Bayi boleh mendengar suara suami anda lebih mudah kerana bayi lebih sensitif kepada nada yang lebih rendah. Bayi yang dilahirkan pramatang pada minggu ke-25 mempunyai 50% peluang untuk hidup.

IBU

Anda boleh mengajak suami anda berinteraksi dengan bayi anda seperti bercakap, nyanyi dan membaca untuk mengeratkan hubungan bayi dengan bapanya. Suara bapanya yang dikenali semasa hamil boleh menenangkan bayi anda selepas bersalin. Memain musik terapi juga membantu dalam perkembangan saraf otak. Pertambahan berat janin anda menekan pundi kencing anda merupakan punca mengapa anda kerap ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku kerana perkembangan rahim anda pada organ-organ anda.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-26 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-25.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh empatArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh enam

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest