eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE-24 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-24 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-24

BAYI

Umur janin sebenar ialah 22 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 30cm; berat janin lebih kurang 600g. Paru-paru bayi telah berkembang dimana sel-sel pernafasan menghasilkan surfaktan yang membantu pundi udara mengembung dan mengecut. Bayi mula belajar untuk bernafas dengan menyedut cecair amnion ke dalam paru-paru. Tunas rasa terbentuk pada lidah bayi. Jika minuman ibu terasa pelik atau pahit, perasaan tidak suka boleh diperhatikan pada reaksi bayi seperti muka masam. Kedutan kecil telah muncul di kedua-dua tapak tangan. Koordinasi otot tangan dipertingkatkan dimana mereka menghisap ibu jari mereka dan ia juga menguatkan otot pipi dan rahang. Jika bayi anda dilahirkan sekarang, 36% bayi berpeluang untuk hidup kelahiran pramatang pada minggu ke-24. Walaubagaimanpun, bayi yang berpeluang untuk hidup mempunyai komplikasi-komplikasi yang serious.

 

IBU

Anda dinasihati membuat senaman lembut membantu anda sihat untuk mengatasi situasi kesukaran untuk bersalin. Yoga kehamilan, berenang, kelas aquanatal adalah cara yang baik untuk membuat senaman. Tubuh badan mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Kaki anda akan mula berasa tegang dan kejang akibat penambahan berat badan yang banyak. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai dan selesa untuk anda.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-25 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-24.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh tigaArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua puluh lima

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest