PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 23 & 3D 4D SCAN
Trimester kedua ( minggu 14-26)
Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-23
BAYI
Umur janin sebenar ialah 21 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 29cm; berat janin lebih kurang 550g. Bayi anda sering menjalankan ‘senaman’ di dalam rahim anda di mana minggu bayi yang paling aktif biasanya antar minggu ke 24-28. Telinga bayi kini berkembang sepenuhnya dan boleh mengawal keseimbangan. Bayi boleh tahu sama ada dia bertukar dari sisi kanan ke sisi kiri, tidur melintang, terbalik ataupun sebaliknya. Kening bayi kelihatan. Pigmen kulit kini membentuk. Pankreas yang penting dalam pengeluaran hormon terutama hormon insulin yang penting bagi pecahan gula telah terbentuk. Jika bayi anda dilahirkan sekarang (kelahiran pramatang), dia akan mempunyai 20% peluang untuk hidup.
IBU
Anda mungkin merasakan kegembiraan ataupun terlalu risau terhadap bayi anda. Anda mungkin merasakan kekejangan kaki dan sakit di bawah abdomen anda kerana otot uterine sedang meregang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Anda dinasihati banyak berehat untuk mengurangkan kesakitan.
Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-24 dan gambar 3d 4d scan pada minggu depan!Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-23.
- 1st Trimester
- 2nd Trimester
- 3rd Trimester
Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13







