eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 21 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-21 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-21

BAYI

Umur janin sebenar ialah 19 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 27cm; berat janin lebih kurang 360g. Setakat ini, sel-sel darah janin dihasilkan oleh hati dan limpa. Tetapi penghasilan sel darah akan diambilalih perlahan-lahan oleh sumsum tulang yang sedang berkembang. Ia akan diambilalih sepenuhnya bermula pada trimester ketiga. Usus kecil bayi mula memproses gula dari cecair amnion dan menyerap gula. Lemak bayi semakin bertambah dan berkembang menjadi satu lapisan lemak putih yang licin melindungi kulit dalam cecair amnion dan membantu dalam kelahiran bayi. Untuk minggu ini, faraj dan ovari terbentuk untuk bayi perempuan manakala testis mula turun dari abdomen untuk bayi lelaki.

 

IBU

Pastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi untuk membantu bayi menghasilkan sel darah merah. Pemakanan anda adalah amat penting. Diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur membantu mencegah sembelit. Rahim anda semakin membesar. Oleh itu, anda mungkin menghadap masalah bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Anda mungkin berminat mengikuti kelas antenatal yang merangkumi topik-topik seperti perubahan semasa kehamilan, diet antenatal, senaman antenatal, penjagaan bayi dan penyusuan bayi.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-22 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-21.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Artikel perkembangan bayi pada Minggu Ke-22

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest