PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 20 & 3D 4D SCAN
Trimester kedua ( minggu 14-26)
Tahniah ! Anda di pertengahan kehamilan anda!
Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-20
BAYI
Umur janin sebenar ialah 18 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 16.5cm; berat janin lebih kurang 300g. Kulit bayi semakin tebal dan pertumbuhan rambut di seluruh badan telah bermula. Bayi boleh bertindak balas terhadap bunyi yang kuat dan mengenalpasti suara ibu. Suara, muzik dan bunyi yang biasa didengar oleh bayi semasa peringkat pembesaran dalam rahim ibu, boleh digunakan untuk menenangkan bayi selepas kelahiran. Saraf –saraf deria termasuk deria rasa, bau, pendengaran, penglihatan dan sentuhan kini berkembang di kawasan khas otak mereka.
Nota: Bayi diukur dari mercu kepala ke punggung sehingga kira-kira 20 minggu. Selepas itu, bayi diukur dari kepala ke tumit disebabkan kesukaran untuk mengukur bayi yang suka berlipat.
IBU
Anda boleh berkomunikasi dengan bayi anda seperti bercakap, nyanyi dan membaca untuk mengeratkan hubungan anda dengan bayi anda. Anda juga boleh mula memain musik terapi. Janin dalam kandungan yang diberi rangsangan musik secara teratur mampu membantu perkembangan saraf deria semasa mengandung dan membantu kecerdasan bayi anda setelah lahir.
Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-21 dan gambar 3d 4d scan pada minggu depan!Video: perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-20.
- 1st Trimester
- 2nd Trimester
- 3rd Trimester
Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13







