eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 19 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-19 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-19

BAYI

Umur janin sebenar ialah 17 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 15.5-16cm; berat janin lebih kurang 250g. Kemaluan bayi boleh dibeza dan dikenali pada minggu ini. Jika bayi anda adalah perempuan, faraj, rahim dan tiubfallopio mula membentuk. Jika bayi anda adalah lelaki, jantina bayi jelas kelihatan dalam ultrasound scan. Kaki bayi telah memanjang, anda mungkin merasa pergerakan bayi yang agak kuat terutamanya bila anda berasa lapar. Jangan risau jika belum dapat merasai lagi, tidak lama lagi anda boleh merasa pergerakan bayi anda. Tubuh bayi anda juga membina lemak yang dikenali sebagai brown fat. Brown fat memberi haba kepada bayi bukan sahaja di dalam rahim, ia juga memberi haba selepas kelahiran juga.

IBU

Berat badan anda semakin bertambah terutamanya pada bahagian punggung, paha dan abdomen. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Anda mungkin tidak boleh tidur dengan nyenyak disebabkan oleh bayi anda bergerak dengan aktif terutamanya pada waktu malam. Anda boleh cuba tips posisi tidur semasa hamil yang betul di sini.

Anda boleh menjalani ultrasound scan pada minggu ini jika anda ingin tahu jantina bayi anda. Walaubagaimanapun, ultrasound scan jantina pada minggu ke-22 boleh memberitahu anda lebih tepat. (ketepatan bergantung kepada teknik scan dan kedudukan bayi). Anda juga digalakkan menjalani detail scan dalam 2D merupakan skan untuk mengesan kecacatan bayi yang boleh dijalankan antara minggu ke 18-23.

 Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-20 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-19.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke lapan belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua belas

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest