eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 18 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke- 18 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-18

BAYI

Umur janin sebenar ialah 16 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 15cm; berat janin lebih kurang 200g. Bayi anda kini boleh mendengar! Mereka boleh dikejutkan oleh bunyi keras. Oleh itu, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang apabila terdengar bunyi yang kuat. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada denggupan jantung, bunyi perut anda dan darah yang mengalir melalui tali pusat. Kulit membina satu lapisan lilin pelindung (vernix) meliputi seluruh tubuh dan anggota badan bayi. Vernix dan lanugo (rujuk minggu ke-14) melindungi kulit bayi yang merendam dalam air ketuban daripada berkedut sehingga bayi dilahirkan. Bayi anda juga mempunyai tempoh aktif dan rehat tertentu. Bayi mungkin mempunyai corak tidur yang serupa dengan bayi yang baru lahir sama ada sedar ataupun tidur pada waktu tertentu.

 

IBU

Anda boleh mula berkomunikasi dengan bayi anda untuk mengeratkan hubungan anda dengan bayi anda. Anda mungkin mengalami masalah untuk bernafas disebabkan membran hidung anda bengkak yang akan mengganggu peredaran udara semasa bernafas.

 Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-19 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-18.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tujuh belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke sembilan belas

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest