eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 17 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-17 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-17

BAYI

Umur janin sebenar ialah 15 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 12.5-14cm; berat janin lebih kurang 150g. Tali pusat akan berkembang lebih tebal, panjang dan kuat. Tali pusat merupakan mainan pertamanya, bayi suka menarik, menggengam dan mencekaunya. Retina mata bayi menjadi sensitif terhadap cahaya, tetapi mata masih kekal ditutup. Air ketuban dalam amnion dikitar  semula dimana bayi menelan sehingga 1L air ketuban sehari dan mengeluarkan air kecing ke air ketuban. Najis pertama (meconium) kini mula terkumpul dalam usus dimana meconium terdiri daripada keguguran sel, rembesan penghadaman dan air ketuban yang ditelan oleh bayi. Rangka-rangka mula bertukar dari rawan ke tulang, tetapi tulang masih kekal fleksibel dan lembut dimana proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah. Uri (fungsi uri) terus berkembang untuk menampung bayi anda yang kian membesar. Uri yang terdiri daripada beribu-ribu saluran darah membawa makanan dan oksigen kepada bayi anda melalui tali pusat.

 

IBU

Anda boleh merasakan rahim anda hanya di bawah pusat anda. Jika anda meletakkan jari anda di bawah pusat anda, ia adalah kira-kira dua jari lebar. Anda akan berasa payudara anda semakin membesar sebagai persediaan untuk memberi susu kepada bayi. Kepesatan pertumbuhan payudara anda menyebabkan anda berasa penuh dan berat. Oleh itu, kulit pada payudara mula rekah. Anda harus mendapatkan sokongan bra yang lebih selesa.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-18 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-17.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke enam belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke lapan belas

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest