eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 16 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-16 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-16

BAYI

Umur janin sebenar ialah 14 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 11cm hingga 12cm; berat janin lebih kurang 100g. Lemak mula terbentuk di bawah kulit bayi anda. Lemak akan memberi tenaga dan membantu bayi kekal panas selepas kelahiran. Bayi boleh tidur dan kadang kala bermimpi juga. Bayi telah belajar untuk bernafas, pergerakan dada jelas kelihatan dalam skan. Tindakan ini juga membantu paru-paru untuk membesar dan berkembang. Otot muka berkembang dengan sempurna. Oleh itu, bayi boleh ekspresi wajah yang lucu seperti juling atau masam muka. Anda mungkin mula berasa pergerakan bayi, tetapi jangan risau jika tidak dapat merasa pergerakan bayi lagi. Pergerakan pertama biasanya boleh dirasa antara minggu ke-16 dan minggu ke-20. ( bergantung dengan pergerakan cergas bayi dan ketebalan lapisan lemak anda).

IBU

Selera makan anda bertambah. Seluruh badan anda masih berubah. Pertambahan berat badan (2.25-4.5kg) dalam sepanjang kehamilan 16 minggu adalah biasa. Bahagian bawah abdomen anda mempunyai bengkak yang jelas dan regangan tanda mungkin muncul. Anda boleh mula sapu produk pencegahan regangan tanda untuk mengelakkan tanda rekahan perut bertambah teruk. Pada masa ini, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menonjol. Ia akan bertukar pudar selepas bersalin. Anda dinasihati mula bersenam seperti yoga kehamilan.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-17 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-16.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke lima belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tujuh belas

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest