eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 15 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-15 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-15

BAYI

Umur janin sebenar ialah 13 minggu. Panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 10cm hingga 11.5cm; berat janin lebih kurang 75g. Rambut kepala dan kening juga mula bertumbuh. Bayi anda boleh mengerutkan kening juga. Bayi anda boleh bergerak tangan dan membuat genggaman. Kaki bayi anda membesar lebih daripada lengan dan badan kini lebih panjang daripada kepalanya. Tulang yang membentuk sistem rangka dan otot bayi akan terus berkembang. Telinga lelangit bayi hampir terbentuk. Bayi juga mempunyai citarasa orang dewasa dan mungkin boleh menikmati makanan ibu.

 

IBU

Citarasa pemakanan anda mungkin berubah di mana makanan yang tidak digemari sebelum ini, anda mungkin mula mencuba dan disebaliknya.

Anda digalakkan menjalani ujian darah serum maternal juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai (triple test) merupakan ujian menapis kecacatan bayi termasuk sindrom down. Jika anda lewat usia, berumur lebih daripada 35 tahun,  mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit genetik seperti sindrom down ataupun keputusan ujian tiga serangkai menunjukkan anda mempunyai risiko kecacatan bayi tinggi, anda mungkin perlu mempertimbangkan ujian amniosentesis. Kedua-dua ujian ini boleh dijalankan antara minggu ke 15-20.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-16 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-15.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke empat belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu Pertama

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest