eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 14 & 3D 4D SCAN

Trimester kedua ( minggu 14-26)

Minggu ke-14 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-14

BAYI

Umur janin sebenar ialah 12 minggu. Panjang janin anda lebih kurang 9cm (kira dari mercu kepala ke punggung, CRL) dan berat lebih kurang 45g. Mata bergerak secara perlahan-lahan ke arah muka, hidung kelihatan lebih ketara, telinga boleh berfungsi sepenuhnya dan tulang pipi kelihatan. Bulu halus dipanggil lanugo mula bertumbuh pada muka bayi dan akan meliputi seluruh badan bayi sehingga minggu ke-26. Ia akan gugur sebelum bayi dilahirkan. Fungsi lanugo ialah melindungi kulit bayi yang merendam dalam air ketuban sepanjang kehamilan ini daripada berkedut dan mengekalkan suhu badan. kelenjar tiroid dan kemaluan bayi telah terbentuk, tetapi kemaluan tidak kelihatan jelas dalam ultrasound scan lagi. Buah pinggang bayi juga mula berfungsi dan mengeluarkan air kencing mengalir ke air ketuban (fungsi air ketuban). Tulang bayi semakin keras dari hari ke hari.

 

IBU

Berat rahim anda kini mempunyai kira-kira 250g. Anda boleh mudah merasakan rahim anda kira-kira 7.5cm di bawah pusat anda. Jumlah air ketuban (fungsi air ketuban) di seluruh bayi juga meningkat kira-kira 250ml. Pertambahan kuantiti darah yang mengalir tubuh badan anda semakin meningkat. Jantung anda perlu mengepam dengan lebih kuat disebabkan bayi juga memerlukan oksigen pada masa yang sama. Oleh itu, anda kini lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Minggu ini merupakan waktu yang paling sesuai bercuti bersama keluarga anda sebelum bayi anda dilahirkan.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-15 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

 

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-14.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga belasArtikel Perkembangan Bayi Dalam Trimester KeduaKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke lima belas

 
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest