eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 12 & 3D 4D SCAN

Trimester pertama (minggu 1-13)

Minggu ke-12 perkembangan bayi 4d scan

Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-12

BAYI

Umur janin sebenar ialah 10 minggu. Panjang janin anda hanya lebih kurang 63mm  (kira dari mercu kepala ke punggung, CRL); berat bayi lebih kurang 14-20g. Pita suara bayi terbentuk lengkap. Bayi anda boleh dan kadang-kadang menangis senyap tetapi tanpa udara tidak membuat bunyi lagi. Otak bayi terbentuk sepenuhnya dan bayi juga boleh berasa sakit. Janin mungkin menghisap ibu jarinya dan membuka mulut. Kelopak mata kini meliputi mata dan akan kekal ditutup sehingga minggu ke-27 untuk melindungi saraf optik yang halus. Rambut di kepala dan kuku jari kaki tangan bayi juga mula bertumbuh. Buah pinggang bayi mula membentuk. Usus bayi yang disimpan dalam tali pusat akan bergerak semula ke dalam perut janin kerana terdapat ruang yang mencukupi dalam perut bayi.

IBU

Anda berhampiran akhir trimester pertama, perasaan loya dan muntah serta tanda-tanda awal kehamilan yang lain semakin hilang. Selera anda kian kembali semula dan badan anda semakin bertenaga berbanding dengan minggu-minggu sebelumnya. Pastikan pemakanan anda mengandungi diet yang baik dan seimbang. Telitikan gaya hidup anda.

 Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-13 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-12.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke sebelasKembali ke Artikel-Artikel Trimester Main PageKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke tiga belas

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest