eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN MINGGU KE 11 & 3D 4D SCAN

Trimester Pertama (Minggu 1-13)

Minggu ke-11 perkembangan bayi 4d scan | bayi-ibu.Com

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Pada Minggu Ke-11

BAYI

Umur janin sebenar ialah 9 minggu. Panjang janin anda hanya lebih kurang 35mm  (kira dari mercu kepala ke punggung, CRL); berat bayi lebih kurang 5g. Bayi anda sibuk bergerak dan menendang. Bayi anda telah berkembang dengan kadar yang sangat pesat. Kepala bayi besar adalah hampir separuh daripada panjang badan keseluruhannya. Telinga akan terbentuk dengan lebih terperinci, begitu juga dengan sistem pembiakan. Hidung dan dagu juga jelas kelihatan. Walaubagaimanapun, alat kelamin belum jelas kelihatan lagi sehingga kira-kira minggu ke-14.

 

IBU

Sebarang perubahan atau kesakitan yang dialami akan menyebabkan anda berasa mudah letih. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami gangguan tidur. Pastikan anda berehat dengan secukupnya. Cubalah tips-tips posisi tidur semasa mengandung. Jika anda berasa risau dengan sebarang perubahan atau kesakitan, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Jika anda lewat usia, berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit genetik seperti sindrom down,  anda mungkin perlu mempertimbangkan ultrasound skan nuchal transluciency (NT scan) yang lebih selamat atau ujian sampelan vilus korionik (CVS) yang lebih tepat. Kedua-dua ujian merupakan satu ujian untuk mengesan kecacatan bayi. Ujian ini dijalankan antara minggu ke 11-13.

Sila baca info perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-12 dan gambar 3d 4d scan  pada minggu depan!

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan pada minggu ke-11.

Kembali ke Perkembangan Bayi Pada Minggu ke sepuluhKembali ke Artikel-Artikel Trimester Main PageKe Perkembangan Bayi Pada Minggu ke dua belas

   
  • 1st Trimester
  • 2nd Trimester
  • 3rd Trimester

Minggu 01 Minggu 02 Minggu 03 Minggu 04 Minggu 05 Minggu 06 Minggu 07 Minggu 08 Minggu 09 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13

Minggu 14 Minggu 15 Minggu 16 Minggu 17 Minggu 18 Minggu 19 Minggu 20 Minggu 21 Minggu 22 Minggu 23 Minggu 24 Minggu 25 Minggu 26

Minggu 27 Minggu 28 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31 Minggu 32 Minggu 33 Minggu 34 Minggu 35 Minggu 36 Minggu 37 Minggu 38 Minggu 39 Minggu 40

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest