eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 9 BULAN & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga

9 Bulan ( 34 -39 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)

 

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 9 BULAN

Bayi

Immunisasi bayi dibina oleh bayi untuk melindunginya terhadap jangkitan ringan dengan bantuan antibodi ibu. Kepala bayi anda mungkin berpusing ke bawah sebagai persediaan untuk kelahiran. Bayi mungkin menolak tulang rusuk anda membuat anda sedikit tercungap-cungap dan sakit. Tulang tengkorak kepala bayi masih agak fleksibel untuk memudahkan kelahiran bayi anda daripada saluran kelahiran yang sempit.

Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya tetapi paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya. Refleks bayi anda diselaraskan. Pembinaan lemak di bawah kulit bayi tidak mencukupi untuk menjaga hangat di luar rahim anda. Kedudukan bayi dan uri anda amat penting pada peringkat ini.

Bayi anda membesar dengan pesat. Kontrasi akan berlaku bila-bila masa. Bayi anda sudah cukup matang juga boleh dikatakan cukup bulan dan bersedia untuk hidup di luar rahim anda. Air ketuban boleh pecah dan bayi anda boleh dilahirkan bila-bila masa.

 

Ibu

Tekanan serviks yang kuat oleh bayi anda menyebabkan anda rasa sakit dan kerap berkencing. Tekanan darah anda mungkin meningkat. Oleh itu, anda haruslah mengawal emosi dan perasaan anda pada peringkat ini.

Bersiap-sedia sekarang untuk menyambut kedatangan bayi anda dalam beberapa minggu yang akan datang. Anda harus perhati tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap, lebih lama dan panjang. Ini merupakan kontraksi yang luar biasa dimana tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam tahap aktiviti anda. Anda boleh mengamalkan latihan pernafasan.

Anda mungkin perasan pelepasan sedikit mukus cecair dari faraj anda. Anda juga berasa sakit belakang yang kerap. Jika air ketuban anda pecah ataupun mempunyai tanda-tanda bersalin, hubungilah doktor anda serta-merta.

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan 9 bulan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest