eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 8 BULAN & 3D 4D SCAN

Trimester ketiga

8 Bulan ( 29 -32 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)

 

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 8 BULAN

Bayi

Pergerakan bayi terhad disebabkan rahim menjadi lebih sempit, tetapi bayi masih boleh melakukan banyak tendangan dan tumbukan yang kuat. Bayi anda suka mengeraskan badannya. Pendengaran bayi bertambah baik dimana dia boleh membeza bunyi dan suara yang sebenar. Penglihatan bayi juga bertambah baik dimana dia boleh membeza cahaya matahari yang terang atau cahaya tiruan melalui dinding rahim.

Bayi semakin gemuk dan mula mengawal suhu badan sendiri. Rambut di kepala bayi semakin lebat. Kulit berkedut sebelum ini kini menjadi semakin licin. Hampir semua organ-organ utama berfungsi dan pertumbuhan jisim otot dan lemak bertumpu pada organ-organ utama yang matang. Untuk bayi lelaki, buah testis akan turun dari pangkal paha ke dalam skrotum bayi.

Bayi menggunakan paru-paru untuk berlatih bernafas dengan menyedut cecair amnion. Rambut di kepala, bulu mata dan kening adalah ketara. Bayi anda mula menyimpan besi, kalsium dan fosforus untuk perkembangan tulang tulang dia yang semakin mengeras daripada struktur rangka ibu apabila diperlukan.

 

Ibu

Pada peringkat ini, pengambilan kalsium adalah amat penting. Pertambahan berat badan anda lebih kurang 500g seminggu. Walau demikian, jangan berhenti makan disebabkan oleh kenaikan berat badan anda. Anda dan bayi anda memerlukan kalori dan nutrisi yang mencukupi untuk pertumbuhan daripada diet makanan yang sihat. Payudara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum, sejenis cecair yang melekit, Anda boleh pakai pad pada coli bagi mengelakkan kelekitan.

Anda mungkin mengalami sedikit bengkak pada pergelangan kaki anda. Kira-kira 40-75% wanita akan mengalami bengkak ringan pada kaki disebabkan oleh kehamilan. Keadaan ini berlaku disebabkan retensi air pada kaki, juga dikenali sebagai edema. Anda digalakkan untuk meminum banyak air untuk mengurangkan retensi air.

Anda mungkin mahu memeriksa pergerakan bayi anda dari semasa ke semasa dan melakukan kiraan sepakan dimana anda boleh berasa 10 sepakan bayi mengambil tempoh berapa lama.  Anda dilarang mengangkat benda-benda yang berat. Anda dicadangkan berbaring mengiring ke kiri untuk meningkatkan  kelancaran pengaliran darah, pencernaan, fungsi buah pinggang dan hati ibu. Anda juga dicadangkan berbaring dengan sedikit menekuk lutut.

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan 8 bulan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest