eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 6 BULAN & 3D 4D SCAN

Trimester kedua

6 Bulan ( 21 -24 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)

 

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 6 BULAN

Bayi

Lemak bayi semakin bertambah dan berkembang menjadi satu lapisan lemak putih yang licin melindungi kulit dalam cecair amnion dan membantu dalam kelahiran bayi. Bayi anda kini terbentuk serupa bayi yang baru lahir tetapi masih kurus lagi. Faraj dan ovari terbentuk untuk bayi perempuan manakala testis mula turun dari abdomen untuk bayi lelaki.

Ruang bayi dalam rahim anda semakin sempit menyebabkan pergerakan bayi terhad. Tetapi bayi anda masih sangat aktif, hampir setiap saat anda boleh rasa pergerakannya. Pergerakan ibu seperti mengiring juga boleh membangunkan bayi anda. Telinga bayi kini berkembang sepenuhnya dan boleh mengawal keseimbangan. Bayi boleh tahu sama ada dia bertukar dari sisi kanan ke sisi kiri, tidur melintang, terbalik ataupun sebaliknya. Koordinasi otot tangan dipertingkatkan dimana mereka menghisap ibu jari mereka dan ia juga menguatkan otot pipi dan rahang.

Paru-paru bayi telah berkembang dimana sel-sel pernafasan menghasilkan surfaktan yang membantu pundi udara mengembung dan mengecut. Bayi mula belajar untuk bernafas dengan menyedut cecair amnion ke dalam paru-paru. Tunas rasa terbentuk pada lidah bayi.

Pada akhir bulan ke-6 perkembangan bayi, panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke tumit) lebih kurang 30cm; berat janin lebih kurang 600g.

 

Ibu

Pastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi untuk membantu bayi menghasilkan sel darah merah. Pemakanan anda adalah amat penting. Diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur membantu mencegah sembelit. Anda mungkin merasakan kekejangan dan sakit di bawah abdomen anda kerana otot uterine sedang meregang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak.

Rahim anda semakin membesar. Oleh itu, anda mungkin menghadap masalah bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Tulang rusuk bahagian bawah anda mula berasa sakit disebabkan organ-organ ditolak oleh rahim anda yang semakin membesar.

Kaki anda akan mula berasa tegang akibat penambahan berat badan yang banyak. Anda dinasihati membuat senaman lembut membantu anda sihat untuk mengatasi situasi kesukaran untuk bersalin. Yoga kehamilan, berenang, kelas aquanatal adalah cara yang baik untuk membuat senaman.

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan 6 bulan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest