eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 5 BULAN & 3D 4D SCAN

Trimester kedua

5 Bulan ( 17 -20 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)

 

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 5 BULAN

Bayi

Tali pusat akan berkembang lebih tebal, panjang dan kuat. Tali pusat merupakan mainan pertamanya, bayi suka menarik, menggengam dan mencekaunya. Retina mata bayi menjadi sensitif terhadap cahaya, tetapi mata masih kekal ditutup. Air ketuban dalam amnion dikitar  semula dimana bayi menelan sehingga 1L air ketuban sehari dan mengeluarkan air kecing ke air ketuban.

Rangka-rangka mula bertukar dari rawan ke tulang, tetapi tulang masih kekal fleksibel dan lembut dimana proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah. Uri terus berkembang untuk menampung bayi anda yang kian membesar. Uri yang terdiri daripada beribu-ribu saluran darah membawa makanan dan oksigen kepada bayi anda melalui tali pusat.

Bayi boleh bertindak balas terhadap bunyi yang kuat dan mengenalpasti suara ibu. Kulit membina satu lapisan lilin pelindung (vernix) meliputi seluruh tubuh dan anggota badan bayi. Vernix dan lanugo (rujuk minggu ke-14) melindungi kulit bayi yang merendam dalam air ketuban daripada berkedut sehingga bayi dilahirkan. Tubuh bayi anda juga membina lemak yang dikenali sebagai brown fat. Brown fat memberi haba kepada bayi bukan sahaja di dalam rahim, ia juga memberi haba selepas kelahiran juga.

Pada akhir bulan ke-5, panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 16.5cm; berat janin lebih kurang 300g.

 

Ibu

Anda boleh mula berkomunikasi dengan bayi anda untuk mengeratkan hubungan anda dengan bayi anda. Anda juga boleh mula memain musik terapi. Janin dalam kandungan yang diberi rangsangan musik secara teratur mampu membantu perkembangan saraf deria semasa mengandung dan membantu kecerdasan bayi anda setelah lahir.

Anda mungkin mengalami masalah untuk bernafas disebabkan membran hidung anda bengkak yang akan mengganggu peredaran udara semasa bernafas.

Berat badan anda semakin bertambah terutamanya pada bahagian punggung, paha dan abdomen. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Anda mungkin tidak boleh tidur dengan nyenyak disebabkan oleh bayi anda bergerak dengan aktif terutamanya pada waktu malam.

 Video: Perkembangan bayi dalam kandungan 5 bulan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest