eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 4 BULAN & 3D 4D SCAN

Trimester kedua

4 Bulan ( 13 -16 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)

 

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 4 BULAN

Bayi

Mata bergerak secara perlahan-lahan ke arah muka, hidung kelihatan lebih ketara, telinga boleh berfungsi sepenuhnya dan tulang pipi kelihatan. Bulu halus dipanggil lanugo mula bertumbuh pada muka bayi dan akan meliputi seluruh badan bayi sehingga minggu ke-26. Ia akan gugur sebelum bayi dilahirkan. Fungsi lanugo ialah melindungi kulit bayi yang merendam dalam air ketuban sepanjang kehamilan ini daripada berkedut dan mengekalkan suhu badan.Paru-paru masih membangun, bayi masih mengamalkan pernafasan dengan cecair amnion.

Buah pinggang bayi juga mula berfungsi dan mengeluarkan air kencing mengalir ke air ketuban. Tulang bayi semakin keras dari hari ke hari. Rambut kepala dan kening juga mula bertumbuh. Otot muka berkembang dengan sempurna. Oleh itu, bayi boleh ekspresi wajah yang lucu seperti juling atau masam muka. Bayi anda boleh mengerutkan kening juga.

Menjelang akhir bulan ke-4, panjang janin anda (kira dari mercu kepala ke punggung) lebih kurang 11cm hingga 12cm; berat janin lebih kurang 100g. Anda kini boleh mengesan denyutan jantung bayi dengan bantuan stetoskop.

 

Ibu

Anda akan mengalami beberapa perubahan dalam badan anda. Perubahan size rahim akan membuatkan anda berasa perut anda buncit. Perubahan warna puting turut berlaku dimana bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Pertambahan berat badan (2.25-4.5kg) dalam sepanjang kehamilan 16 minggu adalah biasa. Bahagian bawah abdomen anda mempunyai bengkak yang jelas dan regangan tanda mungkin muncul. Anda boleh mula sapu produk pencegahan regangan tanda untuk mengelakkan tanda rekahan perut bertambah teruk. Pada masa ini, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menonjol. Ia akan bertukar pudar selepas bersalin. Anda dinasihati mula bersenam.

Pertambahan kuantiti darah yang mengalir tubuh badan anda semakin meningkat. Jantung anda perlu mengepam dengan lebih kuat disebabkan bayi juga memerlukan oksigen pada masa yang sama. Oleh itu, anda kini lebih bertenaga berbanding sebelumnya.

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan 4 bulan.

>

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest