eShopKEHAMILAN3D 4D SCAN

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 2 BULAN & 3D 4D SCAN

Trimester pertama

2 Bulan ( 5 -8 minggu perkembangan bayi dalam kandungan)

PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN 2 BULAN

Bayi

Uri telah bermatang dan mengambilalih peranannya dari kuning telur untuk menyuburkan bayi anda. Jadi, nutrisi- nutrisi daripada makanan yang anda makan akan disalurkan kepada bayi anda melalui uri.

Pembangunan organ-organ utama bermula dari bulan pertama dan berterusan hingga ke akhir kehamilan. Pada bulan ke-2 kehamilan, organ-organ utama bayi anda berkembang dengan pesat dan bayi anda akan mempunyai hampir semua organ-organ utama dalam bentuk tunas kecil yang akan berkembang menjadi system pernafasan, penghadaman, tangan dan kaki juga akan muncul menjelang akhir bulan ke-2. Jari dan jari kaki juga mula membangun. Telinga dan mata bayi anda juga membentuk. Tunas Gigi juga membangun dalam gusi bayi anda.

Kemungkinan besar anda juga boleh nampak denyutan jantung bayi dalam ultrasound scan bermula pada minggu ke-6. Pada minggu ke-8, bayi dalam kandungan kini dipanggil fetus. Pada akhir bulan ke-2, panjang janin anda lebih kurang 18mm. Janin dilindungi oleh kantung amnion yang dipenuhi oleh air ketuban.

 

Ibu

Pada bulan kedua kehamilan, anda akan mula rasa beberapa perubahan besar yang berlaku di dalam badan anda. Anda akan mendapati bahawa tanda awal kehamilan anda semakin jelas dimana anda akan mengalami loya dan muntah yang agak teruk dengan bau-bau tertentu. Anda juga mungkin berasa pening, payudara sakit dan kerap kencing. Pastikan anda berehat dengan secukupnya jika anda turut berasa mudah letih.

Dengan peningkatan kadar metabolik, badan anda akan perlu mempunyai simpanan tenaga yang lebih. Ini hanya boleh dilakukan dengan makan makanan yang sihat dan seimbang. Pemakanan yang baik dan rehat yang secukupnya adalah kunci yang penting untuk memastikan anda aktif semasa kehamilan.

Jantung anda juga akan mula mengepam lebih banyak darah dengan tujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan bayi dalam kandungan anda. Darah tambahan yang dibekalkan kepada rahim dan faraj mengakibatkan kawasan faraj menjadi lembut dan bengkak. Ibu hamil juga akan mengalami lelehan faraj yang berlebihan dari biasa. Pastikan kawasan faraj anda sentiasa bersih untuk mencegah jangkitan.

Video: Perkembangan bayi dalam kandungan 2 bulan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest