3D/4D SCAN Online BookingKEHAMILAN3D 4D SCAN

PENGGUNAAN VENTOUSE/ VAKUM SEMASA KELAHIRAN BAYI SELAMAT?

 

Ventouse merupakan instrument yang menggunakan vakum untuk menyedut dan menarik kepala bayi anda keluar melalui saluran kelahiran. Plastik lembut atau keras yang bersambung pada sebuah pam vakum dimasukkan ke dalam faraj dan dilatakkan kepada kepala bayi. Bayi akan disedut keluar dengan perlahan-lahan melalui saluran kelahiran. Tahap sedutan dikawal supaya jumlah sedutan yang digunakan untuk membantu kelahiran bayi di tahap minimum. Ini disebabkan oleh vakum akan memberi kesan kecederaan kepada bayi anda. Ventous tidak sesuai digunakan jika bayi anda kurang daripada 34 minggu kerana kepala bayi anda terlalu lembut. Penggunaan vakum semasa kelahiran bayi kurang menyebabkan faraj terkoyak berbanding dengan penggunaan forcep.

Apakah kesan yang mungkin berlaku jika penggunaan vakum semasa kelahiran?

  • Kawasan kepala bayi mungkin merah dan lebam . Ini biasanya akan hilang dengan cepat.
  • Darah beku pada kulit kepala mungkin berlaku dimana ia boleh mengambil masa sehingga 6-8 minggu untuk bayi untuk sembuh sepenuhnya. Keadaan ini tidak memberi kesan kecederaan kepada otak bayi.
  • Bayi mungkin dilahirkan dengan kepala berbentuk “cone-shaped”. Kesan ini dianggap biasa kerana ia juga mungkin terjadi kepada bayi yang dilahirkan normal tanpa bantuan.
 

 

Bagaimana prosedur  vakum semasa kelahiran bayi dijalankan?

  • Sebelum prosedur ini mulakan, pundi kencing mesti dikosongkan melalui kateter.
  • Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi, tulang pelvis ibu, saluran kelahiran, dan berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz rahim untuk memastikan tiada halangan semasa proses kelahiran sebelum vakum dimasukkan.
  • Apabila cawan vakum mencapai kepala bayi, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut perlahan-lahan dan pada masa yang sama anda perlu menolak  untuk membantu bayi keluar.
  • Doktor mungkin membuat episiotomi untuk memastikan bukaan faraj cukup besar bagi bayi keluar.
  • Sebaik sahaja kepala bayi berada di mulut faraj, tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi akan dilahirkan.
Anda mungkin minat membaca tentang proses kelahiran, jenis kelahiran seperti bersalin secara normal, bersalin dengan mengunakan beberapa jenis kaedah bantuan termasuk episiotomiinduce,  forcep atau vakumbersalin dalam air dan bersalin secara cesarean.

Video ini menunjukkan demo penggunaan vakum (ventouse) semasa kelahiran bayi.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS
Pinterest